Nuffnang

Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts
Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

Top 10 isu melibatkan Mujahid Yusof Rawa




10 Isu sensasi melibatkan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri).

SUMBER:

Isu Nisha Ayub dan LGBT
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/461218/saya-minta-maaf-atas-kenyataan-mengelirukan-mujahid
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/13/transgender-tandas-oku
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/460514/transgender-tidak-harus-ditindas

Isu ICERD
https://m.kinitv.com/video/66947O74
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/495238/jangan-melampau-buat-andaian-mengenai-icerd-mujahid/amp
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/adu-domba-terhadap-icerd-adalah-fitnah-mujahid-1.777277

http://www.utusan.com.my/berita/politik/icerd-tiada-siapa-mahu-jejaskan-islam-sebagai-identiti-negara-mujahid-1.783367

Isu Menjaga semua agama
https://www.ismaweb.net/2018/07/14/mujahid-pertahan-agama-lain-juga-perlu-dijaga-dipelihara/
https://www.ismaweb.net/2018/07/14/menteri-agama-usah-tafsir-hifzuddin-cara-tak-jelas-muis/
https://www.malaysiakini.com/news/434188

Isu Tabung Haji
http://m.utusan.com.my/berita/politik/mujahid-mahu-saman-individu-burukkan-imej-tabung-haji-1.844731
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dasar-baharu-subsidi-tabung-haji-tidak-munasabah-1.841713
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/135253

Isu kanda-adinda
https://m.malaysiakini.com/news/457649
http://www.utusan.com.my/berita/politik/warkah-dari-cordoba-masih-tidak-berbalas-1.810906
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/512988/warkah-cordoba-mujahid-undang-usikan-pembangkang-netizen

Isu mental koyak
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/macamlah-menteri-agama-ini-bodoh-sangat-mujahid-1.763078
https://www.facebook.com/pengundisedar/posts/1959207704388117

Isu liberalisme
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/28/mujahid-persoal-pembentangan-iksim-label-golongan-liberal-berbahaya/

Isu anak mualaf
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/24/wrong-to-hide-child-in-the-name-of-islam-says-mujahid-on-indira-gandhi-case/
Isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W

https://www.facebook.com/420621651310007/posts/2139375766101245?sfns=mo



Monday, May 14, 2018

"Tak Payah bayar PTPTN,boleh buat Passport dah"- Status anak muda Malaysia


1. Inikah generasi muda yang kita mahukan? bersorak ber attitude buruk dan tidak bertanggungjawab , sudahlah perabihkan duit rakyat yang diamanahkan pada mereka bila dapat duit PTPTN yang nak enjoy makan sedap2 selagi mana boleh, nak beli henset baru, yang perempuan pulak from top to toe cari tudung, baju/jubah, kasut, handbag sedondon, top-up make-up berjenama, yang lelaki nak upgrade motor bla bla bla. 

2. Masuk setengah semester buat-buat muka sedih tak cukup duit apply financial assistance atau zakat. Pada hal bukan susah pun tapi menyusahkan orang lain. Yang betul2 genuine susah, memang  respect; duit PTPTN dikongsikan dengan  hantar balik kampung untuk assist parents and adik beradik and they do parttime job.

3. Lepas tu tak tahu malu bila dah kerja, duit PTPTN tak settle lagi, sibuk nak melaram dengan pakaian dan barang2 branded, nak kereta yang ada 'class' , nak holiday overseas Turkey, Korea, Japan, Thailand, Indonesia dll. Tahu2 dah blacklisted. Lepas tu marah2.

4. Duit PTPTN bukan duit Tokwan hang punya. Duit rakyat. Silapnya dia charge lebih tapi kalau bayar on time takde masalah. Fikir dengan matang la. Perabih duit pandai, bayar tak cerdik pulak.
Hey guys, come on! Change your attitude please

5. hutang wajib bayar. Pinjaman dgn kadar keuntungan 1% adalah paling rendah. Dulu yg cemerlang diubah jadi biasiswa, sekarang tidak lagi. Jika dihapuskan, pinjaman melalui bank akan lebih mahal. Terpaksalah ambil insurance pendidikan untuk anak². Takut bila parents dah dpt duit insurance tu,merka pulak yang enjoy..lupa matlamat sebenar. ðŸ˜…

Tuesday, March 27, 2018

Buat Pilihan Tepat, Pilih Dengan Bijak Untuk Perubahan Di #ParitBuntar – Mua'amar Ghadafi

PARIT BUNTAR, 26 Mac – Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar, Mua’mar  Ghadafi Jamal Jamaludin melihat ingatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada program pemimpin bersama rakyat daerah Kerian di Dataran Kerian Permai adalah satu ingatan yang jelas dan ikhlas agar rakyat tidak tersalah pilih parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah menurut beliau kehadiran ‘kelawar-kelawar politik’ yang kunjung tiba lima tahun sekali perlu ditolak awal-awal kerana kehadiran mereka bukanlah untuk menyelesaikan masalah penduduk namun hanya membawa fitnah terhadap pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan hari ini.

“Ucapan TPM agar penduduk memberikan pilihan kepada BN tepat sekali kerana kalau kita mengambil contoh kawasan ini yang mana selama dua penggal berada di bawah pembangkang  kita dapat lihat pembangunan serta kebajikan rakyat agak ketinggalan berbanding kawasan-kawasan lain.

“Ini bukanlah kata-kata kosong… sebab itulah kita katakan rakyat perlu memilih wakil rakyat yang sentiasa bersama rakyat, yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat dan bersedia untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya sekadar datang untuk mengadu domba serta mencucuk dan mengadu fitnah semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja dan bukannya berdasarkan kepentingan dan keutamaan rakyat,” katanya di sini, hari ini.



Beliau berkata demikian  kepada  UMNO-Online, selepas  program pemimpin bersama rakyat yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di daerah Kerian di Dataran Kerian Permai di sini hari ini .Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Datuk Abu Bakar Mat Ali, Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat.

Ghadafi seterusnya menegaskan jentera BN Parlimen Parit Buntar berada dalam satu pasukan yang padu dan masing-masing dilihat berstau hati untuk menghadapi PRU akan datang.

“Sebab itulah kita bersatu hati dalam pilihan raya akan datang ini. Ini masa untuk kita sama-sama  buat pilihan dengan tepat dan betul untuk kepentingan rakyat dan pilihan yang betul tentunya seperti mana yang disebutkan oleh Datuk Seri Zahid.

“Malah untuk golongan pengundi muda khususnya B40, kita percaya mereka sedia untuk sama-sama membuat perubahan pada kali ini dan dengan manifesto khusus untuk orang muda diyakini akan melonjakkan lagi sokongan yang ada hari ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Friday, March 16, 2018

Beri Peluang Barisan Nasional Rampas kembali Parit Buntar, Martabatkan Institusi Pendidikan Islam


PARIT BUNTAR 15 Mac - Parit Buntar mempunyai sejarah panjang, lebih 100 tahun sebagai daerah yang terkenal dengan kewujudan institusi pendidikan agama sehingga berjaya melahirkan ramai cerdik pandai dan cendekiawan Islam.

Antara sekolah dan pusat tahfiz terkemuka di sini termasuklah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Al-Tahzib di Titi Serong, Sekolah Menengah Agama Shamsul Maarif Al-Wataniah di Tanjung Piandang, Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Parit Buntar, Tahfiz Alhidayah, Sekolah Menengah Agama Al-Tahzib, Titi Serong dan banyak lagi.


Berpegang kepada sejarah itu, ramai yang berpandangan sudah sepatutnya pembangunan pendidikan agama di Parit Buntar dipertingkatkan lagi martabatnya, tidak sekadar sekolah agama atau pusat tahfiz atau yang bertaraf sekolah pondok sahaja.

Sudah sampai masanya da­erah ini memiliki sebuah institusi pendidikan Islam bertaraf lebih tinggi, paling tidak seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab ataupun yang bertaraf kolej.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan daerah ini amat wajar jika diwujudkan sebuah universiti khusus dalam bidang pendidikan Islam.

Seorang penduduk, Rosly Hassan, 58, menyambut baik jika kerajaan menimbangkan cadangan supaya sebuah institusi agama yang lebih profesional dibina di Parit Buntar.

Pesara kerajaan itu berkata, berdasarkan pengamatannya, institusi pendidikan seperti (MRSM) Ulul Albab antara yang sesuai diwujudkan.

Katanya, apatah lagi Parit Buntar merupakan satu-satu­nya kawasan di Perak yang tidak mempunyai sekolah berasrama penuh seperti MRSM.

“Perkara ini pernah dibangkitkan, namun ada yang memberi alasan daerah ini dekat dengan MRSM Nibong Tebal, Pulau Pinang yang jaraknya cuma lima kilometer dari Parit Buntar.

“Apa yang membanggakan, walaupun tiada sekolah berasrama penuh di sini, keputusan peperiksaan pelajar di sekolah di sini adalah yang terbaik di Perak kerana latar pendidikan agama pelajarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Rosly, impian masyarakat di sini ialah melihat satu institusi agama terbina dan tidak mustahil ia boleh dicapai jika Barisan Nasional (BN) diberikan kepercayaan untuk memenangi Parlimen Parti Buntar.

Katanya, ini kerana selama dua penggal Parlimen Parit Buntar dimenangi Pas, tiada apa dilakukan wakil rakyatnya untuk meningkatkan lagi perkembangan institusi pendidikan Islam di daerah ini.

“Setelah dua kali kalah, BN perlu merampas semula Parlimen Parit Buntar supaya institusi pendidikan Islam dimartabatkan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, selama ini pun bantuan kerajaan menjadikan sekolah agama di daerah ini le­bih tersusun dan lengkap dari segi kewangan dan infrastrukturnya.

Katanya, bantuan kerajaan kini menjadikan sekolah agama di sini bukan lagi ‘sekolah untuk orang gagal’ sebaliknya menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan agama.

“Inilah kesan baik apabila ada sekolah agama yang dibantu kerajaan. Gurunya menerima gaji dan diberikan kursus untuk me­laksanakan sistem pendidikan yang lebih berkesan,” katanya.

SUMBER

Setelah Dua Penggal Pembangkang Tidak Mampu Buat Apa-apa Untuk Parit Buntar


CALON Barisan Nasional (BN) yang berlatar belakangkan pendidikan agama mampu meranapkan penguasaan Pas selama dua penggal di Parlimen Parit Buntar.

Ini bertepatan dengan kehendak pengundi di Parit Buntar yang majoritinya orang Melayu rata-rata berlatar belakangkan pendidikan agama kerana lahir dari sekolah agama di daerah ini.


Malah jika dinilai, boleh dikatakan Pas memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar atas imej Islam calonnya Dr. Mujahid Yusof Rawa yang menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan mengekalkan kerusi sama pada PRU-13 lalu, mengalahkan calon BN, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Begitu juga imej Islamik calon Pas, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali yang menang Pilihan Raya Umum 1999 dengan majoriti 2,094 undi.

Namun perlu diingatkan, dalam Pilihan Raya Umum 2004, BN yang mengetengahkan calon berlatar belakangkan agama iaitu Brig. Jen. (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah Alias Zai­nal Abidin berjaya merampas semula kerusi Parlimen Parit Buntar daripada Pas yang mencalonkan Hasan.

Ternyata Pas mengambil kesempatan daripada keadaan sosiopolitik pengundi di sesuatu kawasan yang mempunyai latar belakang agama untuk memikat pengundi.

Namun setelah dua penggal, wakil rakyat Pas tidak mampu berbuat apa-apa malah lebih malang buat pengundi di Parit Buntar apabila wakil rakyat yang mereka pilih, Mujahid telah melompat ke PAN sebagai Naib Presiden.

Jadi, sudah sampai masanya pengundi memikirkan untuk memilih wakil rakyat yang mampu memberi manfaat, tidak sekadar pembangunan infrastruktur tetapi lebih penting meningkatkan imej pendidikan Islam di daerah ini.

Jika menang PRU-14, wakil rak­yat BN yang berlatar belakangkan pendidikan agama, sudah tentunya memahami keperluan sekolah agama di daerah ini.

Selain itu, penduduk juga mahu wakil rakyat mereka mempunyai kedudukan dan jawatan di peringkat Pusat, tidak hanya sekadar Ahli Parlimen biasa.

Jika mempunyai kedudukan di peringkat Pusat, suaranya lebih didengari untuk membawa pembangunan khususnya menunaikan impian untuk melihat sebuah institusi agama bertaraf sekolah berasrama penuh, kolej malah universiti pendidikan Islam dibina di Parit Buntar seperti yang diharap-harapkan rakyat di kawasan itu.

SUMBER

Tuesday, February 20, 2018

Hospital Parit Buntar Siap Penghujung Disember 2020 - Datuk Seri Fadillah Yusof



PARIT BUNTAR, 20 Feb (Bernama) -- Pembinaan Hospital Parit Buntar yang menelan kos sekitar RM136.7 juta, dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2020.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembinaan hospital empat tingkat di atas tanah seluas 5.2 hektar itu akan menggunakan teknologi Pemodelan Bangunan Bermaklumat (BIM) yang berasaskan reka bentuk imej tiga dimensi.

"Hospital Parit Buntar ini merupakan hospital pertama di Malaysia yang akan menggunakan sepenuhnya teknologi BIM.

"Kita gunakan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan kesilapan dalam mereka bentuk. Bila reka bentuk ini betul maka kaedah pembinaan nanti akan jadi lebih mudah dan secara langsung akan mengurangkan pembaziran," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar, di sini hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan pembinaan hospital yang merangkumi tiga fasa itu dijangka siap pada Januari 2021 dan bakal memberi manfaat kepada lebih 120,000 penduduk di sekitar daerah berkenaan.

Mengulas dakwaan segelintir pihak berkaitan kelewatan pembinaan hospital itu, beliau berkata projek terbabit mengambil masa kerana ia perlu memenuhi beberapa kriteria sebelum boleh dilaksanakan.

"Sebagai contoh, tanah untuk dibina hospital ini sifatnya lembut kerana menggunakan tanah sawah dan ia memerlukan sedikit masa bagi memastikannya mampat selain sesuai untuk pembangunan hospital," katanya.

Beliau berkata pembinaan hospital itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap keperluan rakyat-- BERNAMA


































Friday, July 28, 2017

Armada tidak ikhlas, memang nak cetus provokasi - Muammar Ghadafi

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin menafikan sayap itu yang memulakan provokasi terhadap kumpulan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang semalam.

Beliau berkata, Pemuda Umno hanya bertindak balas selepas provokasi itu dimulakan oleh sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sejak awal.

Tambahnya, Armada sebenarnya tidak ikhlas mahu menghantar jemputan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

"Tanyalah siapa-siapa pun, jemputan itu bukan niat sebenar mereka, provokasi itulah niat yang sebenarnya," katanya kepada Antarapos.

Muammar berkata, beliau yakin Umno tidak mempunyai masalah sekiranya jemputan itu dilakukan secara berhemah serta dengan niat yang ikhlas.

"Pada pandangan saya, paling penting, kalau nak beri surat, beri saja senyap-senyap. Tak perlu posting (di media sosial) untuk dapatkan liputan media.

"Nampak sangat tujuannya bukan untuk beri surat sangat, tapi tujuannya untuk buat provokasi. Jadi pergilah atas niat yang ikhlas, buat benda yang betul.

"Kenapa perlu buat posting awal-awal. Pada saya apa yang dibuat Armada itu tak betul daripada awal," katanya lagi.    

Semalam kedua-dua sayap pemuda Umno dan PPBM itu bertembung di hadapan pusat membeli belah Sunway Putra menuju ke PWTC, berpunca dari tindakan Armada yang mahu menghantar jemputan kepada Najib untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Forum yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) itu akan diadakan pada awal bulan depan, bertujuan untuk menjawab pelbagai persoalan yang akan dibangkitkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar Pemuda Umno yang didakwa tidak 'gentleman' apabila cuba menghalang Armada yang hanya ingin menyampaikan jemputan.

Tuesday, November 8, 2016

#paritbuntar Pencuri larikan RM14,000 selepas pura-pura kena langgar


PARIT BUNTAR: Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal “naik berang” selepas “terjatuh” seolah-olah dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pengurus Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) semalam.

Melihat lelaki berkenaan membawa batang besi, pengurus itu keluar menyelamatkan diri ke sebuah surau, tanpa membawa wang kutipan sebanyak kira-kira RM14,000 diletak dalam kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata kejadian pada 11.15 pagi itu berlaku di hadapan Surau Haji Taib, Jalan Terusan.

Ketika itu, mangsa berusia 26 tahun baru selesai mengutip wang ansuran AIM berjumlah RM14,552 daripada ahli dalam satu pertemuan di surau tersebut.

“Sebaik mangsa beredar dari surau dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna biru, tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang dan meluru ke hadapan kenderaan mangsa sebelum berpura-pura jatuh.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa segera mengundurkan keretanya untuk menjauhkan diri dari motosikal dinaiki dua suspek, namun suspek bangun dan terus memukul cermin hadapan kereta mangsa dengan menggunakan sebatang besi padat berkarat,” katanya.

Menurutnya, mangsa terus berlari masuk ke kawasan surau tanpa membawa beg berisi duit kutipan itu yang diletakkan di ruang kaki di tempat duduk penumpang hadapan.
“Suspek kemudian melarikan diri ke arah jalan menghala Simpang Lima manakala mangsa keluar semula dari surau dan memeriksa kembali keadaan keretanya.

“Dia mendapati beg galas berisi duit berjumlah RM14,552 lesap dilarikan suspek, manakala dua keping cermin (tingkap) tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kiri serta pintu bahagian pemandu dirosakkan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata siasatan awal polis mendapati tujuh cap jari dikesan di atas permukaan bonet dipercayai milik suspek dan akan dihantar ke Bukit Aman untuk mengenal pasti identiti suspek.
“Siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan polis menyeru mana-mana saksi mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.







Monday, December 7, 2015

PAS Buat Laporan Polis @PDRMsia terhadap @mparitbuntar #Paritbuntar


PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.

Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.

Iszuree (gambar) berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.

Putar belit, kata Mujahid

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.

“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.

“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya.

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.

AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian.

Thursday, July 23, 2015

Selamat Ulang Tahun kelahiran @najibrazak ! @APterkini @drnovandri @huan2u




Video yang memaparkan lagu khas buat Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak adalah cetusan idea daripada anak muda Kota Tinggi. Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, beliau tertarik dengan idea yang dibawa oleh anak muda di dalam Parlimennya ini dan berusaha untuk mereliasasikan impian anak muda tersebut sehingga terhasilnya video di atas. Lebih manis lagi video ini terhasil di kala Perdana Menteri menyambunt ulang tahun kelahirannya esok. 

Menurut Datuk Ehsan, lirik lagu di dalam video ini lebih menceritakan tentang kepayahan dan perit getir perjalanan DS Mohd Najib sebagai pemimpin nombor satu negara. Kata-kata anak muda tersebut yang agak terkesan di hati Datuk Ehsan apabila beliau berkata, "sabarlah, sabarlah, akhirnya kebenaran akan timbul juga". Video lagu ini memberi fokus kepada usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri walaupun begitu banyak rintangan yang mendatang.

Wednesday, July 22, 2015

Gerakan #harapanbaru lantik Mat Taib Ahli Majlis Tertinggi @APterkini @huan2u


Akhirnya Penipu,perompak & penyamun si Mat Taib telah diangkat kastanya menjadi Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Harapan Baru. Gerakan Barua-barua ini dilihat lebih syok sendiri dari memperjuangkan nasib rakyat.mungkin Mat Taib berjaya membersihkan diri dalam PAS selepas proses membersihkan diri dalam Pas. 

Dengan perlantikan ini maka kredibiliti Mat Taib yang dilihat dapat menarik lebih ramai penyertaan rakyat untuk menyokong gerakan mereka.(HA HA HA Amanah ke beliau ini) #lupikirsendiri
Yakin kah anda pemimpin jenis ini bakal membela rakyat? adakah rakyat mahu recycle pemimpin koruptor seperti Mat Taib? 



Saturday, July 11, 2015

MP pendukung PASMA-G18-Harapan Baru rela kena pecat dari langgar Baiah! @mparitbuntar @KhalidSamad


1.Rahsia terbongkar. Mengapa wakil rakyat PAS dalam G18-PASMA takut keluar PAS? Mereka takut langgar sumpah baiah.Kalau mereka sudah sepakat mahu tubuh parti baru, mengapa mereka tak mahu keluar PAS? Kenapa mereka mahu status ahli PAS mereka dipecat atau terpecat?

Tuesday, July 7, 2015

Kesan Ikut Dasar Liberal Ynag Dipromosikan oleh Mujahid @mparitbuntar



Masih Ingatkah anda lagi mengenai penglibatan Mujahid Yusuf Rawa melalui RUU Harmoni ynag Dipromosikan Oleh beliau? Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyatakan bahawa golongan LGBT tidak akan diiktiraaf TETAPI dilindungi dari diskriminasi. Di Sini sama-sama kita lihat kesan implikasi perlaksanaan jika ikut telunjuk Mujahid. Ini Contoh Artikel kesan daripada  keputusan Hakim Mahkamah Agung US yang meniktiraf perkahwinan sejenis. 

Tuesday, October 7, 2014

Apa cerita! kedai mamak jual air jentik2 @MydinMalaysia @Twt_paritbuntar


Memalukan! berniaga sambil lewa untung mau cepat! itu perkataan sesuai digambarkan mengenai premis nasi kandar Padang Kota yg terletak di Mydin Parit Buntar. agak-agak lah nak cari untung pon,jual air masak ada jentik-jentik! sah-sah air yang di jual tu tak masak!

apa punya musibat lah kedai mamak ni! baru buka tak sampai setahun dah macam-macam hal kita dengar. dari rungutan pasal harga yang cengkik darah sehingga penyediaan makanan yang tidak berkualiti. #pbr sendiri alami layanan yang kurang mesra jenis cakap lain buat lain, menyampah pulak aku dengar orang sebut pasal kedai mamak ni!. macam kita pulak duduk di negara dia!! puihh!!