Nuffnang

Friday, March 16, 2018

Setelah Dua Penggal Pembangkang Tidak Mampu Buat Apa-apa Untuk Parit Buntar


CALON Barisan Nasional (BN) yang berlatar belakangkan pendidikan agama mampu meranapkan penguasaan Pas selama dua penggal di Parlimen Parit Buntar.

Ini bertepatan dengan kehendak pengundi di Parit Buntar yang majoritinya orang Melayu rata-rata berlatar belakangkan pendidikan agama kerana lahir dari sekolah agama di daerah ini.


Malah jika dinilai, boleh dikatakan Pas memenangi kerusi Parlimen Parit Buntar atas imej Islam calonnya Dr. Mujahid Yusof Rawa yang menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan mengekalkan kerusi sama pada PRU-13 lalu, mengalahkan calon BN, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Begitu juga imej Islamik calon Pas, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali yang menang Pilihan Raya Umum 1999 dengan majoriti 2,094 undi.

Namun perlu diingatkan, dalam Pilihan Raya Umum 2004, BN yang mengetengahkan calon berlatar belakangkan agama iaitu Brig. Jen. (B) Datuk Seri Abdul Hamid Ngah Alias Zai­nal Abidin berjaya merampas semula kerusi Parlimen Parit Buntar daripada Pas yang mencalonkan Hasan.

Ternyata Pas mengambil kesempatan daripada keadaan sosiopolitik pengundi di sesuatu kawasan yang mempunyai latar belakang agama untuk memikat pengundi.

Namun setelah dua penggal, wakil rakyat Pas tidak mampu berbuat apa-apa malah lebih malang buat pengundi di Parit Buntar apabila wakil rakyat yang mereka pilih, Mujahid telah melompat ke PAN sebagai Naib Presiden.

Jadi, sudah sampai masanya pengundi memikirkan untuk memilih wakil rakyat yang mampu memberi manfaat, tidak sekadar pembangunan infrastruktur tetapi lebih penting meningkatkan imej pendidikan Islam di daerah ini.

Jika menang PRU-14, wakil rak­yat BN yang berlatar belakangkan pendidikan agama, sudah tentunya memahami keperluan sekolah agama di daerah ini.

Selain itu, penduduk juga mahu wakil rakyat mereka mempunyai kedudukan dan jawatan di peringkat Pusat, tidak hanya sekadar Ahli Parlimen biasa.

Jika mempunyai kedudukan di peringkat Pusat, suaranya lebih didengari untuk membawa pembangunan khususnya menunaikan impian untuk melihat sebuah institusi agama bertaraf sekolah berasrama penuh, kolej malah universiti pendidikan Islam dibina di Parit Buntar seperti yang diharap-harapkan rakyat di kawasan itu.

SUMBER

1 comment: