1.Rahsia terbongkar. Mengapa wakil rakyat PAS dalam G18-PASMA takut keluar PAS? Mereka takut langgar sumpah baiah.Kalau mereka sudah sepakat mahu tubuh parti baru, mengapa mereka tak mahu keluar PAS? Kenapa mereka mahu status ahli PAS mereka dipecat atau terpecat?
Pages
Nuffnang
Showing posts with label pasma. Show all posts
Showing posts with label pasma. Show all posts
Saturday, July 11, 2015
Thursday, November 20, 2014
BROKER & BARUA mendokong PasMa – Ahli Pas
Marah betul ahli dan penyokong Pas dengan penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parti itu.
Mereka menyifatkan PasMa mempunyai motif tertentu untuk memecah belahkan Pas yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lebih ketara apabila kesempatan diambil sebuah NGO propembangkang, Prime Care Malaysia yang menganjurkan beberapa program bersifat mencari serta mendedahkan keburukan kepimpinan Pas sedia ada.
Sebagai contoh, program terbaru anjuran NGO itu, Sembang Kafe Politik pada 15 November lalu, yang terpaksa dibatalkan setelah didesak adalah wacana yang bakal mencetuskan kemarahan ahli terhadap Pas.
Seorang ahli Pas dari ranting Putrajaya, yang mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin parti itu sanggup menjadi dalang kepada penubuhan PasMa walaupun jelas matlamatnya bercanggah dengan dasar dan prinsip parti.
Lebih mengecewakan, katanya, apabila ada ahli membantah penubuhan PasMa, muncul beberapa 'broker dan barua' mempersoalkan tindakan itu dengan hanya mengatakan ia sebuah NGO, bukan parti baharu.
"Masalahnya 'broker dan barua' yang mempersoalkan bantahan ini adalah pemimpin yang mendapat jawatan dalam biro politik peringkat pusat. Inilah jenis pemimpin yang bercakap tidak habis dan lidah bercadang.
"Puak ini seolah-olah tidak tahu langsung segala tindak tanduk jahat PasMa walaupun banyak bukti boleh dikaitkan dengan niat tidak baik NGO itu," dakwanya.
Monday, September 15, 2014
PasMa untuk jatuhkan Presiden PAS? #pengkalankubor
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.
Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.
“Pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Hadi dan malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden PAS.
Wednesday, September 10, 2014
#IsuPasma Masa terbaik Hadi Awang Nyahkan Anwarinas Dalam PAS
Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang patut mengambil peluang keemasan ini untuk memecat mana mana ahli PAS yang mengeluarkan kenyataan berbeza dari keputusan diri nya dan Majlis Syura Ulama terutama sekali barisan pemimpin PAS yang mempunyai rekod tercemar salah laku seks seperti Mat Sabu, Mustafa Ali dan lain lain.
Mereka yang kini di laporkan sedang menjadi barisan kepimpinan PASMA sudah sepatutnya mengisytiharkan diri keluar dari PAS dan berdiri secara asing di atas kapasiti sendiri. Namun di sebaliknya mereka kini mengeluarkan kenyataan berbeza dari apa yang Presiden PAS nyatakan kepada media massa dan umum.PAS mampu berjuang sendiri untuk mencapai cita cita politik mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)



