Nuffnang

Monday, September 15, 2014

PasMa untuk jatuhkan Presiden PAS? #pengkalankubor


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi mengakui bahawa pentas politik tanahair masa ini semakin menarik dengan lahirnya NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS.

Namun, Nasrudin Hassan juga meragui kewujudan PasMa apabila pertemuan NGO tersebut pada 31 Ogos yang lalu di Pustaka Az Zahra, Kota Bharu tempohari dikatakan jelas membincangkan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ini mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar.

“Pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Hadi dan malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Presiden PAS.


“Pertemuan itu juga menangkis pandangan sebelum ini yang mengatakan PasMa diwujudkan bagi merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap NGO ini,” tulisnya di laman Facebooknya.

Tambahnya lagi, pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti.

“Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Hadi mahu bekerjasama dengan Umno dan dilabel sebagai ‘Geng UG’ sementara mereka pula adalah Pro PR,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan oleh seorang saksi yang hadir dalam pertemuan PasMa tersebut menyebut fokus juga dialihkan kepada Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali untuk dijatuhkan.
“Dengan maksud jatuh Mustafa Ali maka lemah dan jatuhlah Hadi. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Hadi yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.

“Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa,” ujarnya

No comments:

Post a Comment