Nuffnang

Showing posts with label Dap. Show all posts
Showing posts with label Dap. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Maruah Islam di Celah Kangkang DAP


Blog Bangkit:Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun Abdul Hamid bahawa perpecahan umat Islam menjadi punca kepada keadaan di mana golongan bukan Islam seperti mengalami kerasukan dengan membuat pelbagai tuntutan dan tindakan agresif dan tidak munasabah.

Benar, kita umat Islam di negara ini tidak mahukan kepada perpecahan. Mungkin hanya segelintir menganggap dan menggunakan perpecahan tersebut sebagai baja dan batu loncatan kepada cita-cita jangka panjang mereka. Tetapi umat Islam secara umum tidak inginkan perkara itu berlaku.

Umat Islam yang berpegang teguh kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memperjudikan akidah serta Islam di dalam tindakan mereka. Tidak kira UMNO atau pun PAS ataupun mana-mana pihak sekalipun, tindakan memperjudikan akidah akan ditentang secara sepenuhnya.

Uniknya perpecahan Melayu/Islam di sini, puncanya ialah satu. Ia bermula dengan pemahaman yang tidak seia dan sekata mengenai status Islam di negara ini. Pemerintah serta organ-organ pemerintahan menegaskan bahawa negara ini sebuah negara Islam yang sedang dalam perjalanan untuk menuju pengisian dan pengamalan Islam sepenuhnya.

Thursday, July 3, 2014

YB DAP DI USIR DARIPADA MELAWAT BAZAR RAMADHAN @Utaranews @APterkini



Sekumpulan petugas telah bertindak menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang.

Menurut Hong Pin, kumpulan tersebut yang mendakwa mereka adalah petugas keselamatan bazar bertindak menengking serta menghalau dengan kasar rombongan Pusat Komuniti Kluang (KCC).

Dalam kejadian yang berlaku 30 Jun lalu, mereka mendakwa rombongan KCC tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan menceroboh kawasan bazar.

“Mereka mengherdik dan menghalau kami dengan cara yang tidak beradab di depan khalayak ramai.

“Kami adalah wakil rakyat yang membuat lawatan rutin sambil mengedar buah kurma kepada pengunjung untuk meraikan bulan Ramadhan. Mengapa kami diperlakukan begitu?” soal Hong Pin yang juga Ketua Pemuda DAP Johor.

Wednesday, June 4, 2014

Tahniah @cmlimguaneng Cukai Baru Kepada Pelancong Bermula Jun 2014 Bermula dengan Jayanya @buletintv3 @501awani @UMonline @bharianmy



bermula 1 Jun 2014 , kerajaan DAP di Pulau Pinang akan mengenakan caj atau cukai tambahan sebanyak RM2 dan RM3 untuk setiap bilik kepada mana-mana pihak termasuk pelancong yang menginap di hotel-hotel sekitar negeri ini.

Tahniah Kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang! dengan perlaksanaan cukai baru kepada Pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Mutiara. Dengan Kebijaksanaan pemimpin DAP yang yang sedia mereka cuba mengerakkan segala aset unutk memerah segala hasil untuk keuntungan DAP.
Siapa jadi mangsa jika tidak pelancong-pelancong domestik serta luar negara. Jangan salahkan Kerajaan Jika Pulau Pinang mencatakan pengurangan kehadiran pelancong ke Pulau Pinang.

Monday, February 10, 2014

Biadap! DAP Edar risalah Kurang Ajar di Majlis Terbuka Tahun Baru Cina Di Taiping


Kandungan Risalah yang diedarkan semasa Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Taiping

Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama,Masalah bahasa dan Sekolah Rendah Cina masih tidak diselesaikan sampai hari ini.
Sudah tiba masanya untuk tidak memilih sebuah kerajaan yang tidak mengotai janji.
Kita mesti terus berusaha untuk berjuang ke depan.Ekonomi milik kita, tahun baharu akan bermula, 
Biarlah kita menyiapkan diri untuk sedia belayar menuju ke depan

Wednesday, October 23, 2013

DAPig Penakut sama Datuk @mohd_ali_rustam


TAKUT betul parti DAP kepada bekas Ketua Menteri Melaka Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Gambar, kanan) yang kalah pemilihan UMNO untuk merebut kerusi Naib Presiden Sabtu lepas.

Biasanya kalau DAP lantang mengkritik seseorang itu, pastinya individu berkenaan mempunyai keupayaan yang cukup untuk membuatkan DAP goyah biarlah dari aspek apapun.

Bagi Mohd Ali, kemungkinan kekuatan pengaruhnya dalam kalangan orang Melayu di Melaka menakutkan DAP sehingga mereka menyuruh  Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara selepas kalah.

Perkara itu dilaporkan laman portal The Malaysian Insider semalam.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Rakyat dari DAP Teresa Kok (Gambar, kiri) kerana menurutnya Mohd Ali bukan sahaja ditolak oleh pengundi Cina tetapi juga oleh ahli UMNO sendiri.

Menurut Kok, Mohd Ali hanya menerima tujuh undi untuk kerusi ketiga tertinggi UMNO itu termasuk satu daripada negeri Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Mohd Ali tewas dengan majoriti besar 5,447 kepada calon Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi penulis, isu pemilihan UMNO adalah dua isu berbeza dengan keanggotaan beliau dalam Dewan Negara di peringkat Parlimen.

Mohd Ali mendapat sokongan dan juga membuat keputusan dengan dirinya sendiri untuk mencalonkan diri bagi jawatan itu dan jelas beliau mungkin masih belum layak menduduki kerusi itu.

Jelas warga Melaka masih mahukan Ali Rustam menghabiskan masa lebih banyak di negeri itu menumpukan kepada pembangunan yang sedang pesat membangun terutamanya dalam memartabatkan Melaka sebagai bandaraya teknologi hijau.

Sementara keanggotaan di dalam Dewan Negara adalah usul daripada Dewan Undangn Negeri (DUN) Melaka yang melalui Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang mahukan Mohd Ali mewakili Melaka di dalam Dewan Negara dan usul itu diterima oleh DUN Melaka.

DAP ini dalam kepimpinan tertingginya, dianggotai oleh para cendekiawan seperti peguam tetapi bila tahap pemikiran mereka jauh lebih rendah dari perjuangan politik mereka.

Dek kerana ketakutan akan pengaruh yang boleh Mohd Ali bawa ketika dalam Dewan Negara, DAP sanggup melalui Ahli Parlimen Seputeh yang juga Naib Pengerusi DAP itu mendesak Mohd Ali meletak jawatan.

Kekalahan dalam Pilihan Raya dan Pemilihan adalah perkara biasa berlaku pada seseorang pemimpin dan tidak boleh dijadikn ukuran bagi seseorang itu untuk didesak meletakkan jawatan.

Senang cerita, apa lah kekuatan yang ada pada Mohd Ali sehingga DAP kecut perut untuk menghadapi beliau dalam Dewan Negara

Wednesday, September 18, 2013

Ahli DAP dedah kronologi Dinasti Lim


Berita tentang penipuan pemilihan parti DAP telah membuka mata ramai pihak terutamanya dikalangan ahli parti DAP sendiri yang mana sebelum ini cukup yakin dengan kejujuran Lim Guan Eng dan juga Lim Kit Siang. Satu persatu episod penipuan terancang pimpinan DAP pada pemilihan parti mereka yang lalu terbongkar dan sekarang sudah ada pula yang membuka blog bagi mendedahkan akan penipuan terancang yang selama ini cuba dikaburi oleh pimpinan Lim anak beranak.

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. - The DAP Insider Klik Disini


Gambaran awal yang dinyatakan oleh Mr Peter ahli DAP ini jelas membuktikan bahawa parti DAP bukanlah parti yang dimiliki seluruh ahli DAP sebaliknya parti DAP hanyalah milik anak beranak Lim. Permainan Lim anak beranak dengan menggunakan kongsi gelap bagi menidakkan hak perwakilan DAP juga adalah satu pekara yang serius kerana kita sememangnya tahu DAP merupakan pelindung utama gerakan kongsi gelap di Malaysia ini.

Saya tidak sabar untuk mengikuti perkembangan yang seterusnya yang bakal didedahkan oleh Mr Peter. Kita sememangnya mengharapkan agar lebih ramai lagi perwakilan DAP yang menjadi mangsa penipuan Keluarga Lim untuk tampil bagi menyedarkan rakyat siapa sebenarnya Lim anak beranak ini.

Matlamat saya hanya mahu Bangsa Melayu dan Bumiputera sedar dari lamunan dan kenal hati perut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ini yang cukup pandai berpura pura dengan kita sebaliknya matlamat mereka adalah untuk menghancurkan perpaduan di Malaysia.