Nuffnang

Wednesday, September 18, 2013

Ahli DAP dedah kronologi Dinasti Lim


Berita tentang penipuan pemilihan parti DAP telah membuka mata ramai pihak terutamanya dikalangan ahli parti DAP sendiri yang mana sebelum ini cukup yakin dengan kejujuran Lim Guan Eng dan juga Lim Kit Siang. Satu persatu episod penipuan terancang pimpinan DAP pada pemilihan parti mereka yang lalu terbongkar dan sekarang sudah ada pula yang membuka blog bagi mendedahkan akan penipuan terancang yang selama ini cuba dikaburi oleh pimpinan Lim anak beranak.

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim. - The DAP Insider Klik Disini


Gambaran awal yang dinyatakan oleh Mr Peter ahli DAP ini jelas membuktikan bahawa parti DAP bukanlah parti yang dimiliki seluruh ahli DAP sebaliknya parti DAP hanyalah milik anak beranak Lim. Permainan Lim anak beranak dengan menggunakan kongsi gelap bagi menidakkan hak perwakilan DAP juga adalah satu pekara yang serius kerana kita sememangnya tahu DAP merupakan pelindung utama gerakan kongsi gelap di Malaysia ini.

Saya tidak sabar untuk mengikuti perkembangan yang seterusnya yang bakal didedahkan oleh Mr Peter. Kita sememangnya mengharapkan agar lebih ramai lagi perwakilan DAP yang menjadi mangsa penipuan Keluarga Lim untuk tampil bagi menyedarkan rakyat siapa sebenarnya Lim anak beranak ini.

Matlamat saya hanya mahu Bangsa Melayu dan Bumiputera sedar dari lamunan dan kenal hati perut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ini yang cukup pandai berpura pura dengan kita sebaliknya matlamat mereka adalah untuk menghancurkan perpaduan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment