Nuffnang

Wednesday, October 23, 2013

DAPig Penakut sama Datuk @mohd_ali_rustam


TAKUT betul parti DAP kepada bekas Ketua Menteri Melaka Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Gambar, kanan) yang kalah pemilihan UMNO untuk merebut kerusi Naib Presiden Sabtu lepas.

Biasanya kalau DAP lantang mengkritik seseorang itu, pastinya individu berkenaan mempunyai keupayaan yang cukup untuk membuatkan DAP goyah biarlah dari aspek apapun.

Bagi Mohd Ali, kemungkinan kekuatan pengaruhnya dalam kalangan orang Melayu di Melaka menakutkan DAP sehingga mereka menyuruh  Ali Rustam meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara selepas kalah.

Perkara itu dilaporkan laman portal The Malaysian Insider semalam.

Desakan itu dibuat oleh Ahli Dewan Rakyat dari DAP Teresa Kok (Gambar, kiri) kerana menurutnya Mohd Ali bukan sahaja ditolak oleh pengundi Cina tetapi juga oleh ahli UMNO sendiri.

Menurut Kok, Mohd Ali hanya menerima tujuh undi untuk kerusi ketiga tertinggi UMNO itu termasuk satu daripada negeri Melaka.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Mohd Ali tewas dengan majoriti besar 5,447 kepada calon Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi penulis, isu pemilihan UMNO adalah dua isu berbeza dengan keanggotaan beliau dalam Dewan Negara di peringkat Parlimen.

Mohd Ali mendapat sokongan dan juga membuat keputusan dengan dirinya sendiri untuk mencalonkan diri bagi jawatan itu dan jelas beliau mungkin masih belum layak menduduki kerusi itu.

Jelas warga Melaka masih mahukan Ali Rustam menghabiskan masa lebih banyak di negeri itu menumpukan kepada pembangunan yang sedang pesat membangun terutamanya dalam memartabatkan Melaka sebagai bandaraya teknologi hijau.

Sementara keanggotaan di dalam Dewan Negara adalah usul daripada Dewan Undangn Negeri (DUN) Melaka yang melalui Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron yang mahukan Mohd Ali mewakili Melaka di dalam Dewan Negara dan usul itu diterima oleh DUN Melaka.

DAP ini dalam kepimpinan tertingginya, dianggotai oleh para cendekiawan seperti peguam tetapi bila tahap pemikiran mereka jauh lebih rendah dari perjuangan politik mereka.

Dek kerana ketakutan akan pengaruh yang boleh Mohd Ali bawa ketika dalam Dewan Negara, DAP sanggup melalui Ahli Parlimen Seputeh yang juga Naib Pengerusi DAP itu mendesak Mohd Ali meletak jawatan.

Kekalahan dalam Pilihan Raya dan Pemilihan adalah perkara biasa berlaku pada seseorang pemimpin dan tidak boleh dijadikn ukuran bagi seseorang itu untuk didesak meletakkan jawatan.

Senang cerita, apa lah kekuatan yang ada pada Mohd Ali sehingga DAP kecut perut untuk menghadapi beliau dalam Dewan Negara

No comments:

Post a Comment