Nuffnang

Sunday, May 6, 2018

Ranting PKR Kuala Kurau Bubar

Sidang tergempar pembubaran ranting PKR Pekan Kuala Kurau. Di pejabat jentera DUN Kuala Kurau

30 Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Kuala Kurau, tekad keluar parti dan menyertai UMNO berikutan kecewa dengan kepimpinan parti yang dikatakan mengabaikan kebajikan kaum melayu.

Bekas Ketua Ranting PKR Pekan Kuala Kurau, Husin Aris,43, berkata,hari ini dia bersama rakan seperjuangan tekad meninggalkan parti yang disertainya 10 tahun lalu kerana PKR berikutan menyedari kecelaruan dalam parti itu semenjak menawan DUN Kuala Kurau dua penggal lalu.

Menurutnya sewaktu awal pemerintahan, perjalanan parti itu tampak lancar namun apabila memasuki penggal kedua pemerintahan, jelas ketara parti itu mengutamakan bangsa lain dan mengabaikan kebajikan kaum melayu.

” Hari ini kami tekad dan secara rela hati keluar parti dan menyertai UMNO tanpa sebarang paksaan malah ianya turut diketahui penyandang Kerusi DUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

” Tindakan ini dibuat berikutan kekecewaan terhadap pemimpin PKR (Abdul Yunus) yang lebih mengutamakan kaum lain berbanding kaum melayu.

” Dengan tindakan kami ini Ranting PKR Pekan Kuala Kurau lumpuh sepenuhnya,” katanya dalam sidang media yang dibuat di Pejabat Operasi Pilihanraya BN DUN Kuala Kurau.

Hadir sama Pengarah Pilihanraya BN DUN Kuala Kurau, Datuk Jamaludin Rahim dan Calon BN DUN Kuala Kurau, Shahrul Nizam Razali.

Dalam pada itu Jamaludin berkata tindakan Husin dan rakan-rakan lain diibaratkan Sirih Pulang ke Gagang berikutan kembali ke BN dan UMNO secara relahati.

” Sebelum mereka ini adalah ahli UMNO dan Husin juga terdahulu pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Kuala Kurau.

” Tindakan mereka ini satu penghijrahan sebenar dan tepat pada waktunya dalam memperjuangkan bangsa melayu dan Islam”,katanya.








No comments:

Post a Comment