Surat itu dihulurkan kepada Puhat kerana menurut Samsudin, ia himpunan masalah yang ditanggung sejak lebih 30 tahun lalu berkait tanah bendangnya.
Puhat yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri mendengar masalah itu dengan tenang dan berjanji untuk membawanya ke pengetahuan kerajaan untuk diselesaikan.
Dengan pengalamannya sebagai pegawai kanan kerajaan, calon muka baharu itu memainkan peranan dengan baik terutama dalam mendengar masalah rakyat dan menenangkan mereka.
Puhat berkata, beliau mempunyai cara tersendiri dalam menambat hati rakyat khususnya dalam baki empat hari kempen.
“Utamanya penduduk di sini mahukan masalah mereka didengar dan cuba diselesaikan, jadi saya akan cuba sedaya upaya dekati mereka untuk ambil tahu kesusahan mereka.\
“Penduduk Parit Buntar mahukan pemimpin yang dapat membantu meringankan beban kos sara hidup mereka, menambah pendapatan mereka terutamanya petani dan nelayan. Ini kehendak utama mereka.
“Insya-Allah perkara ini yang akan kita beri perhatian selain penambahbaikan lain termasuklah infrastruktur,” katanya yang meluangkan masa sejam mendekati golongan itu.
No comments:
Post a Comment