Nuffnang

Wednesday, August 20, 2014

@Azawanhjali Meroyan bila @AzminAli tidak dapat jadi MB Selangor


Pengacara dan selebriti penuh kontroversi, Azwan Ali menyelar tindakan cawangan Pemuda Umno Puchong yang menyebarkan khabar beliau kononnya mengamuk kerana abangnya iaitu YB Mohamed Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor.

"Besar hama pun saya tak hairan! Pemuda Umno Pucong ker..., Pemuda Obama ker... bukan mereka yang bagi saya makan. Saya mengamuk ker atau tidak, tak ada kena mengena dengan mereka. Tak perlu lah nak meroyan atau nak sentap (terasa) kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka dah cukup baik!

"Kepada pemuda Umno Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah! (mengada-adakan sesuatu yang tak ada).


"Buktikan kalau betul saya ada tweet tentang hal itu. Saya harap pihak tersebut bermuasabah. 

Inilah masalah UMNO... rosak kerana fitnah!", kata 'Raja Kontroversi' ini ketika dihubungi Malaysian Digest sebentar tadi.

Azwan, 47, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tweet di laman sosial Twitter @PemudaUmnoPuchong hari ini yang menulis "Azwan Ali mengamuk, abg dia tak terpilih ole PR sbg MB Selangor...".

Bagaimanapun pelakon filem 'Aku No.1' ini mengakui yang baru-baru ini beliau memang ada mengemaskini twitternya dengan ayat berbaur politik tetapi tiada kaitan dengan ketidakpuas-hatiannya kerana abangnya tidak terpilih. Sebaliknya Tweet beliau ialah itu ialah luahan pendapatnya mengenai kepimpinan pemerintah di Selangor sekarang.

"Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Pada tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar lah diri. Orang dah kalau tak suka, tolong lah letak jawatan. Tetapi kalau tentang tak puas hati Azmin tak jadi menteri besar, memang saya tak ada tweet",katanya.

Baru-baru ini, sewaktu muncul dalam sebuah program hiburan Azwan Ali ada membuat satu kenyataan yang beliau sudah serik dan tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang perbalahan seperti isu-isu sebelum ini. 

1 comment:

  1. DAGING SEJUK BEKU .....BIASA LE MACAM TU.....

    ReplyDelete