1. lebih banyak membawa keburukan dari kebaikkan setelah sekian lama perlaksanaan PPS (Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang) Jika sebelum ini kita dapat lihat Kumpulan ini menyalah gunakan kuasa apabila turut terbabit sama dalam inisiden pergaduhan semasa PRK Bkt Gelugor, kini kes terbaru membabitkan kumpulan berkenaan kembali panas apabila ada anggota PPS bertindak dengan memukul seorang aktivis sosial,Ong Eu Soon, 52
2.Disini PBR minta pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri menyiasat samada betul tak dakwaan bahawa PPS bukanlah sebuah badan berdaftar yang sah.Jika tidak sah sila ambil tindakan terhadap kumpulan samseng ini. Ia juga menuntut pendedahan prosedur pengambilan PPS dan skop tugas mereka. difahamkan aktiviti kumpulan berkenaan telah menjangkau lebih 18 bulan. pernah juga sebelum ini berlaku insiden lebih kurang sama apabila seorang wartawan dari Guang Ming Daily diserang oleh kumpulan berkenaan yang menyebabkan Kemera beliau dirosakkan. Untuk tutup mulut wartawan tersebut, Ketua PPS sendiri, Ng Wee Aik terpaksa meminta maaf bagi pihak kerajaan negeri terhadap kekasaran PPS.
3. PBR lihat gaya mereka ini sudah seperti tonto berlesen dah. mana tidaknya difahamkan juga mereka juga memantau gerak kerja polis, sejauh mana keberkesanan PPS ini Lim guan eng kena jawab? Berapa kes diorang sudah setelkan? Apa Info yang mereka sumbang kepada pihak polis?
Bagaimana pula ahli-ahli ini di beri keahlian? atas kapasiti apa mereka boleh menjadi ahli.Bagi PBR pula ini dah serupa kongsi gelap berlesen tajaan Kerajaan Negeri,HEBAT! siap peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta lagi, the best part PPS ini, setiap ahli disediakan dengan walkie-talkie, pakaian, termasuk jaket dan topi. Mereka juga mendapat polisi perlindungan insurans.
4. Pssst!! PPS RACIST!! lu boleh check ada Melayu join ke?
Untuk apa pun tidak tahu. Penguatkuasa perbandaran sudah ada. Polis sentiasa siap siaga. Sukarelawan pun ada.
ReplyDeleteJadi PPS hanya bodyguard guang eng ? Pelik. Kredibiliti KDN di persoalkan..