Alhamdulillah Sedap mendengar perihal kerajaan negeri yang sedaya upaya memberikan peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Peluang fasa pertama pembinaan PPR Parit haji Wahab ini bakal memberikan peluang kepada 100 Keluarga untuk memiliki rumah PPR tersebut.PBR Respek habis MB Perak Ini kerana terus berusaha meningkatkan Kualiti Hidup rakyat Parit Buntar.
Keseluruhan projek menelan belanja hampir RM10.5 juta meliputi tanah seluas 11 ekar. Kos tersebut meliputi pengambilan tanah dan kerja-kerja menambak tapak yang menelan belanja lebih kurang RM2.5juta.Apabila siap, kawasan rumah teres setingkat tersebut akan dilengkapi dengan kawasan padang permainan, tapak surau, tapak dewan serbaguna dan tapak kedai. Ia merupakan projek Kerajaan Negeri di bawah peruntukan RMK-10.
PANAS!! PANEL JAWATANKUASA PEMILIH PPR PARIT HAJI WAHAB DIRAGUI
Cukup mukadimah diatas, sekarang Kita bongkarkan apa yang dilakukan Panel Pemilih PPR Parit haji wahab ini. PANAS BEB! PBR dengar pun panas. tak tahu lah kalau hangpa dengar nanti cerita ni hangpa tak panas. tambah-tambah lagi kalau Orang-Orang BN/UMNO Bahagian Parit Buntar dengar sendiri apa yang dilakukan panel pemilih ni buat.
2. Seperti biasalah untuk memohon rumah PPR dimulakan dengan proses pemohonan dahulu, selepas pemohon lulus, pemohon yang berjaya pula akan menrima surat untuk ditemuduga oleh Jawatankuasa pemilihan Program Perumahan Rakyat Parit Haji Wahab. Itu semasa proses berkenaan tiada isu ok telus dan cantik perjalanan proses berkenaan.
3. PBR pada mulanya malas nak serkap jarang main tuduh-tuduh tetapi bila diceritakan sendiri oleh individu berkenaan yang menghadiri Temuduga berkenaan memang panas lak dengar, Panel Temuduga ini Pilih Bulu dan SAH!! mereka ini PRO-PAKATAN ! yang ni jadi permasalahannhya. PBR khuatiri Panel Pemilih ini akan pilih bulu untuk memilih pemohon yang bakal mendiami PPR Parit Hj Wahab Berkenaan nanti?
4.Masalahnya siapa yang bertangungjawab memilih Ahli Panel Ini ?? Dasar dah cantik dah oleh Kerajaan Negeri Tetapi percayalah bahawa jenis perlaksanaan ini bakal dijahanamkan oleh panel Pemilih PPR yang terang-terang Pro-Pakatan.berkenaan. Siapa Panel Ini Akan Pilih? Sah-sah mereka akan memilih suku sakat mereka untuk mendiami PPR berkenaan. Nampak lagi tak game mereka bagaimana? Kepada Kerajaan negeri jangan buat sebarang pilih jer nanti melompong pulak Orang-orang UMNO Parit Buntar nanti. dianak tiri oleh Kerajaan Negeri Perak BN dah jadi serupa anak kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri mati kelaparan,
5.So sementara Nasi Jadi bubur ini PBR Harapkan MB Perak Mampu membuat sesuatu untuk counter balik isu berkenaan. Akan tetapi adakah suara-suara kecil Mcam PBR ini akan didengari oleh MB. Tunggu dan lihat jer nanti.
No comments:
Post a Comment