Alhamdulillah Sedap mendengar perihal kerajaan negeri yang sedaya upaya memberikan peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Peluang fasa pertama pembinaan PPR Parit haji Wahab ini bakal memberikan peluang kepada 100 Keluarga untuk memiliki rumah PPR tersebut.PBR Respek habis MB Perak Ini kerana terus berusaha meningkatkan Kualiti Hidup rakyat Parit Buntar.
Keseluruhan projek menelan belanja hampir RM10.5 juta meliputi tanah seluas 11 ekar. Kos tersebut meliputi pengambilan tanah dan kerja-kerja menambak tapak yang menelan belanja lebih kurang RM2.5juta.Apabila siap, kawasan rumah teres setingkat tersebut akan dilengkapi dengan kawasan padang permainan, tapak surau, tapak dewan serbaguna dan tapak kedai. Ia merupakan projek Kerajaan Negeri di bawah peruntukan RMK-10.