Nuffnang

Saturday, May 3, 2014

Buang Penjawat Awam Yang Sertai #BantahGST Retorik Kosong Kerajaan? @AliHamsa55 @Najibrazak @drnovandri @Apterkini @tunfaisal


Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
“Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja”, katanya.Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.


Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendokong dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.“Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.

“Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya”,
katanya.Beliau berkata penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.

Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam, katanya.
Justeru itu, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep ‘kerja sebagai ibadah’ bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.


KOMEN PBR 

1. Dengar macam best jer statement yang keluar dari Ketua setiausaha Negara ni mengenai tindakan yang bakal dikenakan kepada penjawat awam yang menyertai Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu. PBR dah muak dah dengan Amaran Amaran Amaran. Nah! lepas itu bila isu dah sejuk habuk pon takdak! 

2. Rakyat Menyokong kerajaan sudah masuk fasa meluat dengan sesetengah Kepimpinan kerajaan yang banyak cakap kosong Tapi  tindakkan takdak. Sudah sampai masanya Jika merasakan diri mereka bertelur untuk kotakan apa yang di cakap. Jika bersungguh-sungguh mahu mengambil tindakan terhadap penjawat Awam yang menyertai demonstrasi berkenaan sila lakukan betul-betul. Buat apa simpan Jalang Duri Dalam Daging ini? Mereka ini diketegorikan sebagai pertualang dalam kerajaan kenapa mahu disimpan dan ditantang lagi?

3. kadang-kadang tertanya-tanya juga macamna nak salurkan maklumat kakitangan kerajaan yang menyertai ini. adakah boleh report terus kepada Ali Hamsa ini? Adakah Saluran Khas untuk membuat laporan salahlaku berkenaan? Tweet PBR pon tak pernah dibalas macamana nak PBR percaya Kerajaan serius untuk membuang kakitangan kerajaan ini. 

4.Solusinya mudah saja. Sila sediakan tempat untuk lakukan aduan salahlaku berkenaan. tidak kira melalui sosial media ke hotline ke, ITU pun Kalau serius ler. Secara rawak PBR dapati dalam FB personel PBR sahaja dah dapat DETECTED lebih dari 5 Orang kakitangan kerajaan yang menyertai Demonstrasi berkenaan. Tu secara rawak sahaja. tak check betul-betul. Jika peluang diberikan Kepada PBR, PBR secara sukarela mahu melaporkan salahlaku mereka. makan gaji dengan kerajaan Hari-hari mengutuk berjabu kerajaan. Beri jer peluang berkenaan kepada penyokong kerajaan. buat apa simpan. jangan dipersoal kenapa dasar kerajaan tak sampai kebawah.  

5. Trend nak buang kakitangan ni PBR dengar sejak dari zaman Bersih1 Bersih2 Bersih3  lagi. tapi adakah kita dengar kerajaan ambil tindakan kepada mereka yang melakukan salahlaku berkenaan? 
Diharapkan Ali Hamsah berjaya mengambil tindakan 

Adios!






2 comments:

  1. Macam disekolah sekitar Sungai Manggis Kuala Langat Selangor tu, guru besarnya seorang perempuan berasal dari Dengkil Selangor merupakan orang kuat pembangkang yang sentiasa menyertai demontrasi anjuran pembangkang langsung takde tindakan. Kalau dah gurubesar sekolah sedemikian wataknya apa lagi guru-guru dibawahnya mentelah lagi murid-muridnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anon. ni baru bab buang kakitgn goMen join demonstrasi. tak tengok lagi yang sabotaj jabakan dari dalam

      Delete