“Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja”, katanya.Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.Beliau berkata sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.