terus relevan sebagai parti politik utama di negara ini.
Apakah bentuk perubahan yang perlu dilakukan? Siapa yang perlu dibetulkan...ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang sudah berkarat tetapi mahu menjual diri supaya terus dibeli pada Perhimpunan Agung UMNO depan.
Untuk kekal relevan dan disayangi rakyat marhaen, UMNO perlu jujur dan ikhlas bagi membantu rakyat, jangan ada udang di sebalik mi. Jangan takut melakukan perubahan walaupun ia cukup pahit demi memastikan parti utama BN kekal berkuasa dan berjaya pada PRU-14 nanti.
Ingat, rakyat semakin bijak dan tidak boleh ditulikan dengan media utama negara, media altertanif semakin menjadi pilihan terbaik bagi mendapatkan maklumat bagi membuat perbandingan, siapa yang jujur dan siapa yang dan tidak jujur dan suka memutar belit rakyat.
Ahli UMNO wajib membuat pemilihan tepat bagi menobatkan pemimpin yang bersih dan memiliki nilai-nilai murni yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai asas memimpin dalam saf kepemimpinan baru nanti.
Dengan kata lain, jangan biarkan UMNO khasnya dan BN amnya, dibarisi pemimpin yang sudah jelas sudah rosak kerana ia akan merosakkan lagi parti itu sendiri.
Tampilkan muka baru berwibawa yang bukan saja berjiwa rakyat, tetapi mahu dan tahu menyelesaikan masalah rakyat dengan baik. Pada waktu sama, ketepikan pemimpin yang ada kepentingan peribadi dan sudah jelas membebankan parti UMNO itu sendiri,
Buat ahli dan pemimpin UMNO...tepuk dada...tanyalah hati dengan sejujur-jujurnya. Jangan biarkan UMNO menjadi parti hipokrit yang menjadikan wang bagi menggula-gulakan rakyat supaya terus disokong.
No comments:
Post a Comment