Pages
Nuffnang
Friday, October 11, 2013
PERINGATAN!! Jangan Sampai tersalah PILIH PAU2013
1.0 Kira-kira 220,000 UMNO di seluruh negara bakal menentukan barisan kepemimpinan UMNO bagi tempoh tiga tahun lagi pada pemilihan parti itu pada 12 dan 19 Oktober ini.
2.0 Walaupun beberapa isu lain seperti bentuk congakan Bajet 2014 yang memang dinanti, selain isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2013 (APEC) di Bali, Indonesia, tetapi demam pemilihan UMNO dan isu politik tempatan dilihat terus menjadi pilihan media alternatif termasuk laman blog.
3.0 Paling ketara, pemilihan UMNO yang bukan saja dinanti oleh ahli parti itu dan orang Melayu, tetapi ia juga menjadi tumpuan parti politik tempatan yang mahu melihat barisan kepemimpinan UMNO yang bakal dipilih.
4.0 Selain Presiden (Datuk Seri Najib Razak) dan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang menang tanpa bertanding, barisan kepemimpinan baru tiga sayap, tiga jawatan naib presiden selain 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dilihat bakal mencorak bentuk kabinet masa depan.
5.0 Tidak mustahil, kemenangan calon nanti bakal merubah barisan kabinet sedia ada Najib, mendepani cabaran lebih getir termasuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
6.0 Dalam hal ini, rombakan barisan kepemimpinan kabinet Najib, jika ada, memang dinanti-nantikan oleh kepemimpinan parti lawan bagi mencaturkan hala tuju perjuangan politik mereka yang dirasakan masih tidak lupa sasaran menguasai Putrajaya.
7.0 Justeru, ahli UMNO dituntut lebih berani dan bertanggungjawab memilih pemimpin yang bijak dan mampu mendengar denyut nadi rakyat supaya tidak dipersalahkan generasi akan datang kerana memilih pemimpin yang naif dan banyak melakukan kesilapan.
~ kepada semua #PBR ucapkan kepada semua perwakilan UMNO selamat menunaikan tanggungjawab anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment