Nuffnang

Monday, April 1, 2013

RAFIZI-BN swastakan PENGAJIAN TINGGI



Kempen Pilihanraya bagi pakatan rakyat telah giat dijalankan di facebook,youtube dan sebagainya.Pelbagai tajuk janji yang menyedapkan hati dan mata mampu mengugat keimanan bagi yang tidak memahami putarbelit manifesto yang ditawarkan oleh pembangkang ini.Terbaru Rafizi dalam video kempen mereka berkaitan dengan pendidikan percuma dalam #manifestobukanjanji mereka.

Dalam video tersebut Rafizi ada mengatakan BN telah menswastakan pendidikan tinggi itu tidak benar sama sekali apakah Rafizi faham maksud Penswastaan atau tidak?Kenyataan yang jelas mengelirukan rakyat terutamanya anak muda bergelar mahasiswa.Malaysia mempunyai kira-kira 20 buah universiti yang yang rata-rata di urus oleh kerajaan.Seperti sedia maklum rakyat tahu apakah status universiti yang berada di malaysia ini.

Rafizi cuba mengelirukan rakyat IPTA dan IPTS adalah sesuatu yang sama dan tiada beza.Dalam kekeliruan yang ditawarkan oleh mereka menggunakan penjelasan yang diguna pakai di IPTS dan bukan IPTA.IPTS juga banyak di MALAYSIA dan kita sedia tahu IPTS ini wujud bukan dibawah penswastaan tetapi ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dalam menarik pelabur dari luar negara.Dakwaan Rafizi tentang penuduhan tentang sistem penswastaan pendidikan oleh kerajaan MALAYSIA adalah fitnah semata bagi meraih undi yang tidak bermoral.  

No comments:

Post a Comment