Pages
Nuffnang
Monday, April 1, 2013
Malaysiakini-Peringatan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat
Kerja bodoh Malaysiakini 2005
Terlebih dahulu,di sini #pbr ingin menegaskan,menyambut hari 'April Fool' adalah salah dan haram dari hukum syarak.
Laman Web Malaysiakini pada 2005 telah menyiarkan artikel mengenai 3 menteri kabinat dan seorang menteri besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.
Laporan itu dikeluarkan 10.18 pagi disusuli 3 minit kemudian dengan satu penjelasan yang mengatakan itu hanyalah jenaka.
Ternyata mereka mengamalkan 'media songsang'
Sempena 1 April pada hari ini,adalah lebih baik kita panjatkan kesyukuran dan selawat keatas Baginda Rasulullah.
Antara Dalil April Fool haram disambut
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment