Majlis Ceramah Agama "Hubbun Wattan Minal Iman" Cintakan Negara Sebahagian Dari Iman telah berlangsung di Pekan Kuala Kurau. Ceramah disampaikan oleh Ustad Yaakob Awang, Penyelia Kemas & Bina Insan , Parit, Perak.
Ceramah Agama ini dihadiri Oleh Pemangku UMNO Bahagian Parit Buntar , Ybhg Mohd Salleh Mat Disa serta Presiden Belia 4B. Sdr Muaamar Ghadafi.Sambutan amat memberangsangkan kira-kira dalam 300 orang yang hadir.Ceramah tersebut agak menarik apa yang dikupaskan tentang sesetengah parti politik mempolitikkan agama dalam meraih undi walaupun mereka tidak benar-banar berada dilandasan yang betul.Agama bukan untuk dipolitikkan kata bliau.Diakhiri ucapan beliau mengajak masyarakat yang hadir disitu supaya bersama-sama berdoa agar mereka yang telah jauh tersasar agar kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment