Nuffnang

Monday, May 14, 2018

GST Tidak Perlu Dimansuh, CUKUP meng"ZERO RATED"



Jika GST itu merugikan rakyat, ia tidak perlu dimansuhkan, CUMA CUKUP dengan meng 'zero rated' semuanya kerana setiap peniaga dan syarikat yang telah terpaksa mengaplikasi sistem gst dalam sistem akaun dan POS masing-masing ( semua itu dengan kos), jika pemansuhan dilakukan mereka bakal menanggung kos tambahan untuk mengemaskini sistem dan akaun. Justeru, mengosongkan kadar adalah lebih mesra peniaga dan pengguna sekaligus.

Kemudian, jangan biarkan SST pada kadar 5 atau10 % tetapi perlu lebih rendah dari 5 %. Jika tidak SST bakal menjadikan harga meningkat juga akhirnya kerana peniaga bakal menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dengan SST dikira sebagai kos mereka. Akhirnya nanti menjadi formula yang rosak. 

Selain itu, kerajaan perlu dengan segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.

Atau mungkin, boleh kekalkan GST pada servis dan barangan mewah terlebih dahulu buat sementara waktu menstabilkan pendapatn kerajaan dan perbelanjaan. Ini kerana orang berstatus T20 mungkin jarang melihat resit pun ketika membeli. Ertinya, mereka tidak kisah sangat dan sanggup menanggungnya berbanding kumpulan M40 dan B40.

Sekadar pandangan umum selaku peniaga.

#DrZaharuddinAbdRahman

Bentong PRK Pertama selepas PRU-14 ?

Sekiranya benar Rejim Pakatan Baru mahu terus menegakkan Undang - Undang mengikut prosedur 'Rule Of Law', maka kemungkinan besar Bentong akan menghadapi Pilihan Raya Kecil.


Ianya berikutan kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong, Wong Tak sebelum ini masih lagi menunggu keputusan daripada mahkamah pada ketika ini.


Jika menurut fakta kes, Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana telah membuat ugutan jenayah terhadap kilang syarikat tersebut pada tahun 2014.


Antara lain, Ketua Aktivis Gerakan Hijau itu mengugut untuk membakar kilang tersebut dan turut mengadakan siri demonstrasi secara terbuka dihadapan kilang milik syarikat Lynas.


Laporan terkini bertarikh 25 Februari 2018 mengesahkan bahawa kes saman itu masih lagi diteruskan dan mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar tidak dapat bertanding.


Namun, disebabkan keputusan mahkamah masih belum diputuskan, maka Ketua Gerakan Himpunan Hijau itu bertanding bagi kali kedua menggunakan logo PKR dan menewaskan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong.


Maka persoalannya, adakah Rejim Pakatan yang baru ini benar - benar menghormati undang - undang? Atau mereka juga akan melakukan apa yang pernah didakwa terhadap Barisan Nasional sebelum ini dengan mencampuri urusan Kehakiman Negara???

Arul Kanda! You Own my Respect



 

Bagi admin Arul kanda adalah salah satu individu susuk tubuh yang telah habis habisan melakukan penerangan mengenai 1MDB sebaik mungkin, tapi sayang, Penolakan terhadap Isu 1MDB oleh kaum Pakatan harapan yang menolak kebenaran 1MDB.

Arul Kanda, jasa anda tidak akan kami lupakan, semoga pada masa akan datang rakyat Malaysia akan sedar kesalahan mereka menolak isi fakta 1MDB. selamat maju jaya sir!