Nuffnang

Monday, May 14, 2018

Bentong PRK Pertama selepas PRU-14 ?

Sekiranya benar Rejim Pakatan Baru mahu terus menegakkan Undang - Undang mengikut prosedur 'Rule Of Law', maka kemungkinan besar Bentong akan menghadapi Pilihan Raya Kecil.


Ianya berikutan kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas terhadap Ahli Parlimen Bentong, Wong Tak sebelum ini masih lagi menunggu keputusan daripada mahkamah pada ketika ini.


Jika menurut fakta kes, Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana telah membuat ugutan jenayah terhadap kilang syarikat tersebut pada tahun 2014.


Antara lain, Ketua Aktivis Gerakan Hijau itu mengugut untuk membakar kilang tersebut dan turut mengadakan siri demonstrasi secara terbuka dihadapan kilang milik syarikat Lynas.


Laporan terkini bertarikh 25 Februari 2018 mengesahkan bahawa kes saman itu masih lagi diteruskan dan mendakwa bahawa Ahli Parlimen Bentong itu kemungkinan besar tidak dapat bertanding.


Namun, disebabkan keputusan mahkamah masih belum diputuskan, maka Ketua Gerakan Himpunan Hijau itu bertanding bagi kali kedua menggunakan logo PKR dan menewaskan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong.


Maka persoalannya, adakah Rejim Pakatan yang baru ini benar - benar menghormati undang - undang? Atau mereka juga akan melakukan apa yang pernah didakwa terhadap Barisan Nasional sebelum ini dengan mencampuri urusan Kehakiman Negara???

No comments:

Post a Comment