Nuffnang

Monday, May 14, 2018

GST Tidak Perlu Dimansuh, CUKUP meng"ZERO RATED"



Jika GST itu merugikan rakyat, ia tidak perlu dimansuhkan, CUMA CUKUP dengan meng 'zero rated' semuanya kerana setiap peniaga dan syarikat yang telah terpaksa mengaplikasi sistem gst dalam sistem akaun dan POS masing-masing ( semua itu dengan kos), jika pemansuhan dilakukan mereka bakal menanggung kos tambahan untuk mengemaskini sistem dan akaun. Justeru, mengosongkan kadar adalah lebih mesra peniaga dan pengguna sekaligus.

Kemudian, jangan biarkan SST pada kadar 5 atau10 % tetapi perlu lebih rendah dari 5 %. Jika tidak SST bakal menjadikan harga meningkat juga akhirnya kerana peniaga bakal menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dengan SST dikira sebagai kos mereka. Akhirnya nanti menjadi formula yang rosak. 

Selain itu, kerajaan perlu dengan segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.

Atau mungkin, boleh kekalkan GST pada servis dan barangan mewah terlebih dahulu buat sementara waktu menstabilkan pendapatn kerajaan dan perbelanjaan. Ini kerana orang berstatus T20 mungkin jarang melihat resit pun ketika membeli. Ertinya, mereka tidak kisah sangat dan sanggup menanggungnya berbanding kumpulan M40 dan B40.

Sekadar pandangan umum selaku peniaga.

#DrZaharuddinAbdRahman

No comments:

Post a Comment