Kenapa Zulkifli Abd Hir Individu Paling Dikehendaki. Pengganas dari Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.
Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi yang kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia, kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam. Agensi-agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara. Kenapa Zulkifli Abd Hir Individu Paling Dikehendaki.
