Nuffnang

Thursday, October 2, 2014

@khalidsamad Pesta Arak Di Selangor Tidak Boleh Di Halang



BANGI, 2 Okt - Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest' anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

"Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka."Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam."Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan," ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.Tambah beliau, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu."Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.

"Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal," katanya.Jadi bagi mengatasi budaya minum arak ini, ujar Khalid, mungkin pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada orang bukan Islam berkenaan bahaya dan keburukan arak.Walaupun kita tidak boleh menghalang program sebegini dianjurkan oleh pihak bukan Islam, namun kesesuaian tempat dan kaedah anjuran perlu sentiasa dikaji PBT.Pada masa yang sama tambahnya, kempen 'anti-alcoholism' dari sudut permasalahan sosial, akhlak, rumah tangga dan sebagainya perlu diadakan di kalangan bukan Islam dan masyarakat umum.

- Tahniah PAS, Sejak golongan Pasma bermaharajalela dalam PAS ni, Ulamak-ulamak dalam Pas seperti tidak wujud lagi. ke banyak yang sudah jadi PONDAN? mereka lebih takut sesama mahkluk dari takut balasan Allah.

- Malu pula rasanya bilamana orang Islam seperti Khalid Samad mengeluarkan kenyataan yang macam ni?? dulu berdegar-degar nak tegakkan negara Islam...kata orang UMNO tak islam la, kafir la..sekarang ni apa dah jadi...kau dah sokong pesta maksiat, bersekongkol dengan kafir untuk anjurkan pesta air kencing setan...bermakna kau tu orangnya macam mana?? sebab orang macam kaulah, orang kafir boleh menindas agama islam sekarang...

2 comments:

  1. Kalau betullah .. apa bezanya PAS dgn UMNO? kata nak tubuh negara islam? Siap nk tumbang kilang Carlsberg kalau hari ni menang. Ada ularmak (maaf ye.. kalau ulama takkan doa yang buruk2 kat orang lain, kononnya tak amalkan islam) Maka, islam sangat ke yg menghina tu?Ularmak yang penuh hasad dengki.. Riak takbur angkuh (tahukah kalau ada sifat2 ni, syirik kecil namanya, takut ibadah kita yang kita penat2 buat, tuhan tak mahu terima, malah dilemparnye ibadat kita kembali)

    nabi pun tak ajar membalas orang lain, nabi kena baling dgn najis bila berdakwah, takde pula dia minta pada tuhan turunkan bala..

    Malah sebenarnya yang rasa dirinya ulamak tu lebih hina, sebab jual agama demi dapat kuasa. Ulamak akhir zaman.. nauzubillah, sperti nabi cakap, sudah terjadi. Waallahualam.

    ReplyDelete
  2. Sudah tentu PASBERG akan setuju sebab ada Carlsberg. Kalau tanya Nik Aziz pun akan cakap yang sama macam Khalid Samad. Inilah perbezaan antara ulamak dan ularmak.

    ReplyDelete