Nuffnang

Wednesday, October 29, 2014

GIFA 2014 milik @najibrazak



Anugerah GIFA milik Najib Razak. Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi penerima Anugerah Kepimpinan Islam Global #GIFA2014 Dubai pada tahun ini. Corak Kepimpinan Islam Najib di Malaysia telah menjulang nama negara ke mata dunia. Satu peristiwa manis untuk seluruh rakyat yang hidup semakin bahagia di tanah tumpah darahku. Malaysia di sini bermula sebuah cinta.

APA ITU GIFA?

GIFA merupakan satu daripada anugerah paling berprestij dalam perbankan Islam dan kewangan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu serta institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Ia anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London sejak 2011.


SEJARAH PENERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN ISLAM GLOBAL


Penerima pertama merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penerima kedua ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz menjadi penerima Laureate GIFA ketiga.

CORAK PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA

Penganugerahan GIFA 2014 diadakan semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-10 di Dubai. Pencalonan bagi semua kategori anugerah dibuka pada Mac 2014. Najib, juga Menteri Kewangan Malaysia menerima anugerah berprestij itu daripada Pengasas Kepimpinan Islam Global itu sendiri, iaitu Profesor Humayon Dar. Tahniah Datuk Seri! You make me proud lah



2 comments:

  1. Lepas dpt anugerah, jgn pulak anugerah projek pulak kpd yg beri anugerah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Datuk Seri! You make me proud lah????

    Mangkok Hayyun..

    Apa kelayakkan Najib Nak terima anugerah nie???

    Apa jasa Najib dalam Sistem Perbankkan Islam...???

    Ini adalah Jasa terhadap Malaysia.. Bukannya Najib Al Bodohi tuu

    ReplyDelete