Nuffnang

Thursday, October 30, 2014

@fahmizainol_ bersengkokol dengan @anwaribrahim memperalat mahasiswa


KUALA LUMPUR : Pelajar Universiti Malaya (UM) telah mencipta sejarah Isnin lalu apabila berkumpul dan bersatu menentang pihak pentadbiran universiti, berkenaan desakan mereka yang membawa pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk mendengar pidatonya “40 tahun, dari UM ke penjara”.

Walaubagaimanapun, di sebalik peristiwa ini, ia turut mendedahkan bahawa pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan daripada mana-mana daripada 43 orang anggota dewan yang lain.Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Faridzuan Karim berkata, program pidato Anwar tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yang lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.“Fahmi menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) untuk membuat keputusan satu pihak untuk meneruskan program yang tidak pernah dipersetujui oleh MPP yang lain.


“Mengapa, bagaimana dan apa alasan beliau (Fahmi) bagi menggunakan nama MPPUM dalam poster yang ditempatkan di seluruh universiti?,” katanya yang marah apabila melihat poster yang mengandungi nama MPPUM yang terpampang di seluruh kampus.
Katanya, beliau juga tidak menyokong penganjuran program pidato oleh Anwar.
Mohd Faridzuan menambah, MPPUM turut menentang tindakan Fahmi yang membawa Anwar ke kampus.Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yang hadir adalah bukan daripada pelajar UM tetapi dari luar.

“Malah, pelajar-pelajar luar UM melebihi daripada pelajar yang ada di dalam. Jumlah seperti itu hanya terdiri dari beberapa pelajar UM,” ujarnya.
Tambahnya, beliau juga tidak menjangka bahawa pintu pagar UM akan dirempuh walaupun telah disekat oleh Pegawai Keselamatan.

“Saya rasa bimbang dengan keselamatan dan bersyukur ia berjalan lancar walaupun ada sedikit kekangan.“Bagi saya sebagai pelajar dan pemimpin mahasiswa, mereka sepatutnya tidak harus meneruskan program ini dan seharusnya mereka tidak boleh merempuh pagar universiti,” katanya.

Faridzuan turut mempersoalkan “Kenapa dia (Fahmi) membawa masuk Anwar? Apa sebabnya terutamanya apabila keesokan harinya (Selasa dan Rabu) Anwar mungkin akan masuk ke penjara ?
“Adakah mahasiswa dan mahasiswi akan diheret dari politik kampus ke politik jalanan yang selama ini kita tahu dalam universiti tidak dibenarkan?“Ini yang saya mahu Fahmi jawab,” katanya.



No comments:

Post a Comment