Nuffnang

Friday, July 4, 2014

JIJIK & BUSUK Kempen CLEANER GREENER PENANG Indah Khabar Dari Rupa !!

MMI tak pasti apa yang dilakukan oleh Adun kawasan Penanti , Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang sampaikan situasi sebegini boleh berlaku.Daripada pemerhatian MMI sendiri keadaan ini sudah berlaku sejak lama dulu dan tidak pernah ada sebarang tindakan yang diambil untuk mengatasi permasalahan ini.

Gambar atas diambil di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda.Kedudukan tong sampah yang tidak terurus itu bukan sahaja menyakitkan mata tetapi turut mengundang rasa jijik dan bau yang meloyakan.

Kedudukan hentian bas yang kini hampir tidak digunakan jelas merupakan satu kerugian dan dalam masa yang sama kawasan tersebut turut berdekatan dengan tapak perkuburan orang-orang Islam.

Seolah-olah langsung tidak ada rasa hormat daripada pihak berwajib dengan membiarkan keadaan sedemikian.

Adakah situasi ini menyamai dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang melalui kempennya yang mahu menjadikan negeri tersebut sebagai the Cleaner and Greener malah mungkin paling Healthier ?


Melihat kepada konsep kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri sudah pasti keadaan sebegini tidak akan berlaku.Tetapi gambar atas menceritakan segala-galanya malah sebelum ini ada juga pihak yang meletakkan kesalahan tersebut terhadap penduduk di kawasan Penanti yang rata-ratanya adalah pengundi PKR dan Pakatan Haprak.

Apakah ianya bermaksud pencacai dan penyokong Pakatan Haprak itu jauh lebih jijik dan tidak pentingkan kebersihan ?

Bagi MMI mudah , pihak berwajib khususnya pemimpin dan kerajaan negeri harus bertanggungjawab !

MMI yakin sifat sebeginilah yang berlaku di Kampung Selamat sehinggakan 2 orang pelajar Melayu sudah pun disahkan mengidap jangkitan virus JE.

Guan Eng ang buat apa ???

Baca Lebih Lanjut : Klik Sini

No comments:

Post a Comment