Nuffnang

Thursday, June 26, 2014

Maki @PDRMsia B.O.D.O.H, Lelaki di denda RM2K & Penjara 4 hari

Seorang bekas pembantu akauntan dipenjara 4 hari dan denda RM2,000 kerana memaki polis 'bodoh' dan menghalang tugas penjawat awam.

Goh Guo Quan, 22, didakwa sengaja menghalang tugas polis berkenaan dengan tidak memberhentikan keretanya ketika ditahan oleh anggota polis trafik selepas mendapati dia tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya jam 3 petang pada 22 Jun 2014.


Fakta Kes:

Ketika melakukan rondaan di Jalan Merdeka, pengadu menahan kereta tertuduh. Kereta itu kemudiannya memecut sebelum diekori dan ditahan semula di hadapn sebuah pejabat di Taman Melaka Raya.

Selepas diberitahu akan kesalahannya tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak berhenti ketika ditahan, tertuduh dengan nada tinggi berkata:

"Cepat tulis! Jangan Bising! sebelum keluar dari kereta ke arah pengadu serta memaki pengadu dengan perkataan 'Bodoh'.

Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dijadikan sebagai iktibar bagi pengguna jalan raya yang lain agar tidak sewenang-wenangnya bersikap kasar dengan penjawat awam yang menjalankan tugas. - My Media Hub

2 comments:

  1. empat hari penjara dan denda 2k... berbaloi juga buat lahanat kafir ni... padan muka dia..

    ReplyDelete
  2. Bagus.. lain kali sesiapa yang berminat nak menginap dan makan di penjara.. boleh la ikut contoh yang sama

    ReplyDelete