Nuffnang

Wednesday, June 25, 2014

#kalimahAllah Aziz Bari Pun Kecewa Mahkamah Menangkan Umat Islam?


Ahli Akademik yang dipandang tinggi umat Islam, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, meluahkan rasa kecewanya atas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan The Herald berhubung penggunaan kalimah "Allah" di dalam penerbitannya.

Katanya, ekoran dari keputusan muktamad itu maka ia akan memberikan hak kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.


"Pada masa ini, pihak berkuasa agama yang menentukan cara pengamalan agama lain selain agama Islam, walaupun tidak ada bukti jelas (bahawa agama lain) memudaratkan ketenteraman awam," katanya yang dipetik dari Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, tidak ada undang-undang mutlak yang menetapkan penggunaan kalimah "Allah" hanya untuk orang Islam sahaja dan mempersoal kelayakan yang ada pada mahkamah untuk menetapkan undang-undang sedemikian.

"Tiada undang-undang mutlak yang menetapkan bahawa hanya orang Islam boleh gunakan kalimah Allah seperti dibuktikan melalui persoalan yang dibangkitkan oleh ulama terkemuka dari negara Islam lain," katanya.

"Salah satu aspek yang saya rasa sukar tentang keputusan itu ialah, apabila larangan dibuat dengan alasan doktrin Kristian. Adakah mahkamah layak berbuat demikian?," katanya memperlekehkan hak mahkamah yang mendapat sokongan majoriti umat Islam di Malaysia.

Semalam, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan menolak rayuan Gereja Katolik berhubung keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald.

SUMBER : UtaraNews

5 comments:

  1. Aku tetap sokong JAIS dan MAIS. Pendapat orang macam ni tak penting dan tak boleh pakai. Kecuali kalau dia ada cakap yang si AL JUBURI tu pengkhianat bangsa dan agama, baru saya rasa pendapat mamat ni boleh dipakai.
    Sesiapa yang menyokong anwar dan PKR atau DAP, saya tak akan percaya langsung apa apa yang diucapkan sebab kepercayaan mereka songsang!

    ReplyDelete
  2. Ini yang dikatakan Professor yang tak pandai menilai apa yang boleh dan tidak boleh di sisi agama Islam. Ikut sedap dia saja nak komen. Saya juga tetap sokong JAIS dan MAIS kerana berani bertindak. Kalau tidak di bendung perkara ini, nanti rosak belia2 Islam yang tidak pandai membanding ajaran sesat Kristian dan Islam sebenar. Di negara2 Eropah dimana terbitnya agama Kristian dahulu, sekarang ini tidak laku lagi dan gereja2 mereka yang besar2 dan indah tidak berpenghuni dan hanya menjadi tempat pelancongan. Rakyat Eropah tidak kisah dengan Kristian dan ramai yang menjadi "free thinker" atau "atheist" dan hanya merayakan Krismas setahun sekali. Sekarang Kristian di Malaysia menuntut macam2 hak, berdegil dan cuba memporak perandakan keadaan Malaysia yang masih aman dikalangan rakyat. Mereka ini musuh Islam sebenarnya dan agenda mereka ialah untuk mengelirukan dan melemahkan umat Islam supaya menjadi pemekiran liberal.

    ReplyDelete
  3. Kamu ingat semua Profesore2 ni semuanya boleh pakai, begitu juga semua lawyer2 tu mendukung keadilan dan ikhlas belaka??? Come on la, be realistik!! Ini Malaysia lah. kambing2 hitam dalam kalangan mereka ini lah yang kuat kencing, menyeleweng malah setengahnya terkeluar dari lunas-lunas adab akali, ada yang jadi penjenayah pun.

    Siapa yang buat bom dan letup 39 orang di Bali? Bukan Professore? Siapa yang belah dan bakar Sosilawati? Bukan kah seorang yang dianggap peguam senior? Dan banyak lagi aperantis yang menjadikan mereka sebagai ikon....

    Jadi kesimpulannya, perhati apa yang dia buat jangan perhati apa yang dia gempak. Yang gempak itu biasa nya tong kosong. Pakar Perlembagaan Negara konon.....

    ReplyDelete
  4. Professor bengong...!
    Tak tau nak bezakan bahasa Melayu & bahasa Arab...
    Tak tau nak bezakan gantinama & nama khas
    Tak tau nak bezakan perkataan/istilah "Tuhan" & "Allah"...
    Makin seronok nak menyesatkan umat Islam di Negara ini...

    ReplyDelete
  5. Biar la dia tu prof bebal

    ReplyDelete