Pages
Nuffnang
Saturday, May 24, 2014
Tarik balik sijil halal jika pengeluar tidak patuh - PPIM
Tarik balik sijil halal, hantar sampel setiap bulan dan penyiasatan serta penguatkuasaan lebih tegas adalah antara tindakan yang dicadang persatuan pengguna terhadap pengeluar dan peniaga yang mengambil kesempatan menjual produk mengandungi bahan tidak halal kepada umat Islam.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu pengeluar dan peniaga menjual produk mengandungi bahan haram bersama produk halal perlu dipandang serius kerana ia melibatkan 60 peratus pengguna Islam negara ini.
"Kita minta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), supaya sentiasa memantau produk yang diberi sijil halal kerana ada pengeluar membawa produk yang sama mengandungi bahan tidak halal," katanya kepada Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CADBURY harus di pertanggung jawapkan diatas kesilapan ini, bukan di tarik balik sahaja 2 product yang ada DNA, tapi kesuluhoran pembuatan CADBURY sebab nya ialah:
ReplyDelete1. Adahkah bahan yang di gunakan di campuraduk sebelum di proses berada dalam siampanan stor yang sama?
2. Adahkah saluran tube base chocolate dan bahan penambahan datand dari satu tube?
3. Adahkah bahan yang telah siap, di bungkus di simpan dalam sort yang sama dengna product yang tidak ada DNA
4. Orang Islam yang mengedalikan, ada kah sudah SAMAK, DAN telah di iktiraf halal.
5. Bagaimana product DNA, boelh terlepas dari tapisan, orang yang mengadalikan nya TIDOR KA?
6. Jawi hendak lah tegas dalam perkara ini, jalankan penguatkusaan, jgn tidor, JAWI tanggung dosa.
Terlalu banyak kes-kes "penipuan" halus munkin sengaja dirancang untuk mensabotaj makanan Islam, supaya JAIS, JAWI dan JAKIM dilihat sebagai satu badan penguatkuasa yang tidak berkredibilti, tidur dan munkin rasuah.
ReplyDeleteSudah sampai masanya kilang kilang dan pembekal spt ini ( setengahnya hanya menukar pembalut pada bahan makanan yang tidak suci kemudian dibekalkan sebagai makanan HALAL yg sah JAKIM) diambil tindakan saman dibawah hak-hak pengguna Islam. Setakat tarik balik Sijil Halal terlalu biasa macam pakai kain pelikat, bila mahu tidur pakai,bangun tidur buka...tak jadi kudis bagi mereka.