Aduan yang PBR terima dari penyokong Datuk Huan Cheng Guan, Mujahid bersama-sama MP & ADUN DAP merayu undi dikawasan larangan merayu yang ditetapkan oleh SPR iaitu 50 Meter dari Kawasan Tempat mengundi.
DAP Juga didapati menggunakan PPS (Pasukan peronda sukarela) Polis DAP penang yang tidak diiktiraf sama sekali oleh Kerajaan Malaysia berkempen untuk Ramkarpal.
Insiden kecil berlaku pagi tadi apabila Datuk Huan Cheng Guan telah bertindak menegur beberapa ahli PPS yang berada berdekatan dengan pusat mengundi sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak di mana jarak yang dibenarkan hanyalah 50 meter.
Satu pertengkaran mulut telah terjadi di antara mereka. Hal ini membuktikan bahawa keegoan pemimpin DAP di P.Pinang sudah tidak dapat dibendung lagi kerana merasakan mereka kebal dengan undang-undang
No comments:
Post a Comment