Nuffnang

Tuesday, May 6, 2014

Hishamuddin Rais Hasut Rakyat Tumbangkan Kerajaan BN @APterkini @Utaranews


Pakatan Rakyat kini mula menyusun strategi menghasut rakyat supaya menidakkan undang-undang sedia ada dengan melakukan hasutan demi hasutan terhadap rakyat supaya menentang kerajaan yang di pilih secara sah melalui pilihanraya yang diadakan.


Aktivis jalanan pro pembangkang , Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.

"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang.

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib dan Mahathir adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya,".

Selain daripada itu Hishamudin berkata Pakatan tidak akan memenangi pilihan raya umum selagi sistem pilihan raya yang ada tidak berubah.

"Ia bukan Umno yang anda tentang, tetapi sistem mengundi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tidak mungkin tsunami politik akan berlaku kerana Umno dan SPR akan terus merangka sempadan semula untuk menjamin kemenangan mereka," katanya.

Di sebabkan itu beliau turut mendesak rakyat agar turun ke jalan raya bagi membersihkan sistem keadilan serta membantu Pakatan untuk menawan Putrajaya.

Satu tindakan yang wajar di berikan perhatian oleh pihak berkuasa kerana Hishamudin bukan sahaja bertindak menentang undang-undang sedia ada tetapi menghasut rakyat agar menjadi penentang kerajaan.

Malah kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan langsung tidak di kaitkan dengan setiap tuduhan terbabit.Dalam masa yang sama pihak SPR bukan sahaja telah menjalankan kewajipan mereka dengan baik tetapi turut mengambil kira saranan pihak pembangkang sendiri khususnya dalam penggunaan dakwat kekal.

Namun pembangkang sering kali membangkitkan isu-isu yang di cipta sendiri semata-mata untuk memburukkan kerajaan dan pihak SPR.

Sikap suka menghasut tanpa mengambil kira kedudukan parti pembangkang sendiri telah membuka pekung bahawa pendirian dan perancangan Pakatan rakyat bukan semata-mata untuk berpolitik tetapi mereka sedang menyusun gerakan terancang untuk merampas kuasa kerajaan yang di tubuhkan secara sah melalui sistem pilihanraya.

Sebenarnya tumpuan pembangkang bukan soal SPR tetapi kerana faktor kuasa dan kepentingan politik murahan untuk merampas Putrajaya melalui pemberontakan rakyat.

Satu agenda yang perlu di berikan perhatian !

~UtaraNews.com <<< KLIK SINI >>>



1 comment:

  1. This guy is an ASSHOLE!!

    Kalau dah penyangak memang menyangaklah cara dia. Pengkhianat!

    ReplyDelete