Pages
Nuffnang
Wednesday, April 9, 2014
@cmlimguaneng Angkuh! masih lagi sewa rumah Agam mewah dari rumah rasmi kerajaan
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih tidak berpindah semula ke kediaman rasmi di Seri Teratai sebaliknya terus menyewa banglo mewah di Jalan Pinhorn sejak 2009 menimbulkan banyak tanda tanya.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, rakyat dalam keadaan tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini kerja memusnahkan anai-anai dan semut api serta baik pulih kediaman itu.
Menurutnya, sebagai pemimpin yang sentiasa melaung-luangkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), Guan Eng perlu bertanggungjawab memperjelaskan status terkini kerja baik pulih yang dijalankan ke atas rumah itu.
Beliau berkata, kebiasaannya, kerja membaik pulih cuma mengambil masa antara satu hingga dua tahun dan tidak mungkin berlarutan sehingga lima tahun.
“Tak akan kot ambil masa sampai lima tahun. Guan Eng sudah dipilih sebagai ketua menteri bagi penggal kedua namun isu rumahnya belum selesai,” katanya kepada media.
Jahara berkata, alasan enggan berpindah kembali ke kediaman rasmi untuk satu tempoh yang lama kononnya banyak anai-anai dan musang adalah satu tindakan tidak wajar.
Jika masih dengan pendirian enggan berpindah ke rumah kediaman rasmi, Guan Eng perlu menjelaskan perancangannya dengan kediaman itu sama ada akan diserahkan kepada kakitangan kerajaan negeri atau agensi kerajaan untuk dijadikan rumah tetamu daripada
dibiarkan kosong begitu sahaja.
“Rakyat pun nak tahu, apakah status atau perancangan ketua menteri dengan kediaman rasmi itu,” katanya.
Jika sebelum ini, Guan Eng menekankan bahawa kerajaan negeri pimpinannya akan mengamalkan dasar berjimat cermat dan berbelanja secara sederhana.
“Tetapi dilihat secara kasar mana amalan CAT dipraktikkan. Dalam isu rumah ini, kerajaan negeri seolah-olah tidak cekap menyiapkan kerja penyelenggaraan, tidak telus untuk mendedah kontrak penyelanggaraan dan pengubahsuaian rumah sewa yang beliau masih tinggal
serta membazirkan harta kerajaan.
“Kalau nak sangat tinggal di rumah banglo, beliau boleh mengubahsuai kediaman rasmi yang sedia ada agar menjadi lebih selesa dan mewah. Tak perlu sewa rumah dari orang perseorangan yang menimbulkan keraguan siapa pemilik rumah itu dan apa manfaat diperoleh dengan menyewanya kepada ketua menteri," katanya.
Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.
Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.
Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.
Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya.
SH
Labels:
lim kit siang,
limguaneng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment