Nuffnang

Wednesday, March 12, 2014

#PrayforMH370 Iran Tawar Bantuan Untuk Malaysia Jalankan Siasatan @APterkini @utaranews


Iran, pada Selasa, menawarkan bantuan kepada pasukan penyiasat Malaysia berhubung dua rakyatnya yang dipercayai telah membuat kunjungan menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370 yang hilang.

Jurucakap Kementerian Luar Marzieh Afkham berkata Iran telah ‘membuat tindakan susulan terhadap laporan mengenai kemungkinan terdapat dua penumpang Iran di atas kapal kapal terbang.’


“Kami menawarkan kerjasama bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya, sambil berjanji bahawa Tehran akan memberikan ‘apa-apa maklumat mengenai dua warganegara Iran itu dan status mereka sebaik sahaja ia diperolehi.’

Polis Malaysia pada Selasa berkata salah seorang daripada dua penumpang yang disyaki menaiki pesawat yang hilang adalah seorang pendatang haram dari Iran.

Kebimbangan keganasan telah tercetus dengan pendedahan laporan bahawa dua lelaki menaiki penerbangan menggunakan pasport yang dicuri dari lelaki warga Eropah.

Salah seorang daripada mereka telah dikenal pasti sebagai rakyat Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad berusia 19 tahun, kata ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pemberita.

“Kami percaya dia bukan dari mana-mana kumpulan pengganas dan kami percaya dia cuba berhijrah ke Jerman,” kata Khalid.

-AFP

No comments:

Post a Comment