Ketika isu Restoran "Nasi Ganja" di Ipoh diarah tutup 2 minggu kerana premis didapati kotor, ada pula isu lain yang timbul apabila satu status dimuatnaik oleh Cik Ze Aida di dalam Facebook yang mendakwa terdapat najis manusia di dalam peti simpanan makanan yang dipercayai sebagai ilmu hitam.
Kerana tidak berpuas hati akan penyebaran dakwaan tersebut, pemilik Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, telah membuat laporan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dianggap sebagai fitnah yang akan merugikan perniagaan mereka.
Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang tahu. Namun bagi Admin, sebenarnya isu pokok iaitu isu premis kotorlah yang akan membuatkan Restoran "Nasi Ganja" kerugian. Di harap pengusaha-pengusaha restoran lebih sensetif akan isu kebersihan di masa akan datang.
ini report polis yg di buat oleh pemilik restoran berkenaan.
No Repot: SG ******
Tarikh:14/11/2013
Waktu: 16:50
Nama: *****
No. K/P 572829202020
Pekerjaan: TIADA
Alamat Tinggal: NO 39, PESARA LAHAT BARU 8, BANDAR LAHAT BARU, 31500 LAHAT, PERAK.
PADA 14/11/2013 JAM L/KURANG 4.00 PETANG SAYA TELAH BERJUMPA DENGAN AHAMED AZLANSHAH BIN SAIFUL JAAFAR SADIK DAN AHLI KELUARGA BELIAU UNTUK BERBINCANG TENTANG HAL KANDUNGAN FACEBOOK YANG MEMBURUKKAN NAMA RESTORAN NASI VANGGEY. YG TELAH DISIARKAN ATAS NAMA ZE AIDA BERKENAAN ARTIKEL BERMAKSUD ' POLIS BARU SAJA MENYERBU RESTORAN VANGGEY (NASI GANJA) KERANA TERDAPAT NAJIS MANUSIA DALAM PETI SEJUK MAKANAN DAN UNTUK DISALUT DIPERIUK DENGAN TUJUAN ILMU HITAM. SAYA MENGAKUI PERKARA DIATAS ADALAH DARI KELALAIAN DIRI SAYA DIMANA TELAH BERKONGSI MAKLUMAT TANPA MEMBUAT SEBARANG PEMERIKSAAN TERDAHULU. SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBURUKAN RESTORAN NASI VANGGEY. SAYA INGIN MENJELASKAN BAHAWA PERKARA YANG DISEBARKAN ITU ADALAH TIDAK BENAR. PIHAK RESTORAN NASI VANGGEY MENJALANKAN PERNIAGAAN MENGIKUT SEGALA KRITERIA YANG DITETAPKAN. SAYA AKAN MEMINTA MAAF KEPADA YANG BERKAITAN DAN BERHARAP PERKARA BURUK YG TERSIAR DALAM FB TIDAK DISEBARKAN.
No comments:
Post a Comment