Nuffnang

Friday, November 15, 2013

KPN Sahkan Kejadian Culik dan Bunuh Di Pulau Pom-pom Semporna


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi Jumaat.

Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.


"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Baharu di sini. Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan. Bernama


Dengar bunyi tembakan


Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi, lapor mStar Online.

Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.

Pasangan suami isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Penduduk-penduduk di Semporna berkata tiada aktiviti mencurigakan berlaku tetapi polis dan tentera telah mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami terdengar bunyi tembakan di sebuah pulau tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata seorang kakitangan di Majlis Daerah Semporna. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment