Nuffnang

Sunday, October 13, 2013

Ziarah Keluarga Jemaah Haji yang meninggal Dunia @azeezputera diteruskan @Tabung_Haji

Ziarah Keluarga Jemaah Di Lenggong, Perak



Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim,Pengerusi Lembaga Tabung Haji semalam menziarahi keluarga Allayarhamah Masitah Mohamed Noor ,70 Lenggong Perak.

Allayarhamah Masitah Mohamed Noor merupakan jemaah haji ke 9 negara ini yang telah meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji 1434H.

Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada selasa,4 Oktober 2013 jam 2.45 pagi (waktu Saudi) akibat masalah jantung di Hospital An Noor,Makkah.

Jenazah Allayarhamah Masitah Mohamed Noor telah di uruskan oleh para petugas Tabung Haji di Makkah dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek.

Pengerusia Lembaga  Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kenyataannya yang mewakili seluruh seluruh warga kerja Tabung Haji merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allayarhamah Masitah Mohamed Noor.

Beliau berharap semoga seluruh keluarga terutamanya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan kehilangan insan tercinta.Beliau juga turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat,Mendapat keampunan Allah SWT,serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Dalam lawatan yang sama ,Yang berhormat Dato Azeez juga telah menyerahkan bantuan khairat kematian sumbangan Tabung Haji kepada waris Allahyarhamah 

Turut serta dalam program ziarah ini adalah para pegawai serta kakitangan Tabung Haji khususnya dari negeri Perak & Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah



Ulangi Jangan Sebar Berita Palsu.

Sebelum ini, Datuk Abdul Azeez Rahim menyelar tindakkan tidak bertanggungjawab kepada pihak-pihak yang cuba menyebarkan maklumat palsu berhubung situasi perjalanan jemaah haji Malaysia di tanah suci Mekah, Madinah & Arafah

Jangan percaya cerita-cerita palsu seperti kapal terbang tidak boleh mendarat, ada rakyat Malaysia yang kena balik sebab cuaca buruk. Semua itu tidak benar sama sekali tambahan beliau.


No comments:

Post a Comment