Nuffnang

Sunday, October 13, 2013

Kurang Ajar!! Apa COMANGO Mahu?? @APterkini @NajibRazak @HishammuddinH20 @Zahid_hamidi


Jangan tunduk tuntutan COMANGO



SITUASI hak asasi manusia di negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) diteliti masyarakat antarabangsa melalui mekanisme unik Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) yang memantau dan menilai rekod hak asasi manusia dan menangani pencabulan hak asasi manusia. Mekanisme ini dikenali sebagai "Universal Periodic Review" atau UPR (Semakan Berkala Sejagat) yang harus ditempuhi setiap 192 negara anggota PBB setiap empat tahun.

Proses UPR ini memberi peluang kepada semua negara anggota untuk mengisytiharkan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia dan untuk mengatasi cabaran dalam menikmati hak asasi manusia. Empat puluh lapan negara dinilai setiap tahun dalam tiga sesi yang berbeza.

Ulasan yang dijalankan oleh kumpulan kerja UPR yang terdiri daripada 47 ahli HRC adalah berdasarkan laporan nasional yang disediakan oleh kerajaan yang sedang menjalani semakan, maklumat yang terkandung di dalam laporan hak asasi manusia oleh pakar dan kumpulan bebas (seperti prosedur khas, Badan-badan perjanjian hak asasi manusia dan lain-lain entiti PBB) dan maklumat daripada pihak berkepentingan yang lain, termasuk institusi hak asasi manusia kebangsaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).



UPR akan menilai sejauh mana negara yang disemak menghormati hak kewajipan manusia yang ditetapkan dalam Piagam PBB, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, instrumen hak asasi manusia yang ditandatangani sesebuah kerajaan, janji dan komitmen sukarela yang dibuat kerajaan (dasar hak asasi manusia nasional dan/atau program yang dilaksanakan), dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang terpakai.

Malaysia menerima 62 cadangan dalam laporan hasil, yang termasuk, antara lain, ratifikasi triti antarabangsa, kajian semula undang-undang yang sedia ada dan sistem kehakiman, dasar-dasar negara dan strategi hak asasi manusia, hak ekonomi, sosial dan budaya, hak asasi manusia golongan mudah terjejas, pekerja asing dan pemerdagangan orang.

Malaysia menolak 22 cadangan dan tidak menyatakan komen pada 19 cadangan. Respons kepada 19 perkara yang tidak diberi komen telah disediakan pada Jun 2009, bersempena dengan pembentangan laporan hasil UPR mengenai Malaysia, di Sesi Biasa Majlis Hak Asasi Manusia ke-11.

TUNTUTAN-TUNTUTAN COMANGO (GABUNGAN NGO-NGO HAK ASASI MANUSIA) UNTUK PROSES SEMAKAN BERKALA SEJAGAT MALAYSIA 2013

Malaysia semakin menghampiri sesi UPR pusingan kedua pada 24 Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland. Terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh badan-badan seperti Becket Fund for Religious Liberty, Human Rights Watch, Amnesty International, Majlis Peguam, International Commission of Jurists dan lain-lain NGO hak asasi manusia, tetapi isi kandungan laporan COMANGO (iaitu gabungan NGO-NGO Malaysia dalam proses UPR) membentuk sebahagian besar tuntutan yang terkandung di dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas rujukan rekod hak asasi Malaysia pada pusingan kali ini.

Adalah dikesali bahawa COMANGO mengambil kesempatan untuk memanipulasi sesi semakan ini dengan memberikan persepsi yang salah tentang Malaysia, khususnya berkaitan kedudukan sebenar pencapaian hak asasi manusia (HAM). COMANGO juga mengemukakan beberapa tuntutan berbahaya yang ternyata bertentangan dengan realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia, serta pada hakikatnya menzahirkan percubaan mereka untuk mengikis kedudukan istimewa Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di antara tuntutan-tuntutan berbahaya di dalam laporan tersebut adalah:

i. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Contoh unsur berbahaya yang terkandung dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Lihat komentar berikut: "The Committee observes that the freedom to "have or to adopt" a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one's current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one's religion or belief…". Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

ii. Perenggan 6.8 berkenaan tuntutan untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang didakwa "menyediakan rangka kerja undang-undang untuk mengadaptasi obligasi antarabangsa ke dalam undang-undang domestik".

Pematuhan terhadap ICERD ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah racism atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat. Hal ini mengenepikan tindakan-tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambil kira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat stereotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

iii. Malaysia ditekan untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Dakwaan-dakwaan kononnya golongan ini dinafikan hak-hak mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat.

iv. Malaysia juga dipaksa tunduk pada kandungan di dalam Prinsip-prinsip Yogjakarta 2006 yang memberikan kebebasan mutlak kepada mereka yang mempraktikkan amalan seks songsang. Sekiranya hak-hak LGBT ini diizinkan, maka langkah pertama yang mesti dilakukan Kerajaan Malaysia ialah menghapuskan undang-undang berhubung kesalahan jenayah liwat.

Ini adalah langkah yang membuka ruang untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia, dan negara jiran Thailand sedang menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang sama.

v. Perenggan 6.2 mendakwa bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai 'alat politik'. Ini bersalahan dengan kontrak sosial dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

vi. Perenggan 9 mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa ''mengganggu hak peribadi.''

vii. Perenggan 10 mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama di Malaysia. Di antaranya termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia. Laporan tersebut juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran syiah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan orang Islam. Selain itu, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur UMUR juga dijadikan isu hak asasi manusia.

Tuntutan-tuntutan sebegini bukan sahaja berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kedaulatan negara, tetapi juga dibuat melalui platform yang tidak sah seperti COMANGO. Malah, 'pertubuhan-pertubuhan' yang menganggotainya juga perlu disiasat secara mendalam oleh kerana jika diteliti, hanya 12 dari 54 keanggotaannya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. 'Pertubuhan-pertubuhan' ini tidak mewakili suara majoriti masyarakat Malaysia, namun begitu menampakkan gagasan mereka seolah-olah besar dan berpengaruh.

-Utusan

KOMEN #PBR

Semakin Kuat dakyah  mengasakan  mahu menjadikan Malaysia negara sekular & cubaan untuk menghakis kedudukan Islam. Persoalannya disini apa rasionalnya tujuan tuntuan ini???

#PBR harap  tuntutan tidak masuk akal ini JANGAN sama sekali dilayan!! antara tuntutan tidak masuk akal ini adalah Kebebasan agama, memudahkan MURTAD. Hak sama rata acuan barat, & iktiraf amalan seks songsang , gejala liwat dan kahwin sejenis.

#PBR difahamkan ada individu dari Pemimpin pembangkang terlibat, dan diharapkan pihak berkuasa dapat bertindak dan mendedahkan identiti PENGKIANAT ini!!\









No comments:

Post a Comment