Nuffnang

Monday, October 14, 2013

NKP : AZWAN BANTAH, JAMAWI YAKIN MENANG



Kem Khairul Azwan Harun membantah pengumuman Jawatankuasa Pemilihan UMNO bahawa undi beliau seri 73 undi sama dengan Jamawi Jaafar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Mereka mendakwa undi Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak lebih dan bukan seri.
Wakil beliau,Anuar Ariffin telah mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur petang Isnin memberitahu mereka sudah hantar surat bantahan kepada pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.
Jawatankuasa itu diminta  'melihat semula' untuk membetulkan keputusan berkenaan.
Difahamkan mereka mendakwa dari penjumlahan menerusi wakil-wakil calon Khairul Azwan didapati undi beliau lebih dari 73.
Ekoran pengumuman keputusan seri pada Ahad malam itu Jawatankuasa Pemilihan UMNO akan mengadakan penjumlahan ' undi popular' selepas Hari raya Aidil Adha.
Ia  bagi menentukan siapa yang perolehi undi paling banyak dari perwakilan Pemuda bahagian di seluruh negara.Siapa yang lebih dia dikira menang.
Sementara itu Jamawi telah menyuarakan keyakinan menerusi facebooknya undi popular itu akan memihak padanya sekalipun kehilangan 6 undi bahagian di negerinya,Sabah.
"Walaupun seri 73 undi, saya yakin dan percaya undi popular berpihak kepada saya. Terima kasih kepada semua perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi saya,"katanya. AD

No comments:

Post a Comment