Khalid bidas Anwar, bukan senang kumpul lebihan dana kerajaan negeri
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.
Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.
"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya.
No comments:
Post a Comment