Nuffnang

Thursday, October 17, 2013

Jiwa Besar @Azeezputra untuk Penduduk Baling! Baling Most Wanted!!


 BALING, sebuah daerah dalam negeri Kedah yang pernah melalui detik-detik hitam dalam lipatan sejarah. Antaranya, ia pernah menjadi kawasan bersarangnya anasir kmunis dan terkenal dengan peristiwa mogok lapar serta isu Memali.


 Itu adalah sejarah lampau. Kini, Baling sedang menuju arus pembangunan yang pesat. Walaupun terletak jauh di pedalaman iaitu kira-kira 130 kilometer dari ibu negeri - Alor Setar dan 65 kilometer dari Sungai Petani, namun Baling tidak lagi ketinggalan malah sedang berusaha mengatasi kawasan-kawasan lain.

 Dengan kata lain, Baling telah melalui angin perubahan besar ekoran hasil nikmat dasar-dasar pembangunan dibawa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam hal ini sudah tentu, peranan yang dimainkan penyandang Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak boleh disangkal dan diketepikan.

 "Baling ini mempunyai tahap kompleksiti tertentu yang mungkin sukar difahami oleh pemimpin biasa. Malah, UMNO Bahagian sendiri mempunyai 293 cawangan dan ia merupakan bahagian terbesar di Kedah. Sebab itulah, mungkin saya sesuai di sini kerana menjaga Baling ini bukanlah kerja senang,'' kata Ahli Parlimen Baling itu kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tidak hairanlah atas kekuatan yang ada pada beliau iaitu sering turun padang dan mendengar masalah rakyat, menjadi faktor penentu kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Mei lalu. Pada PRU-13 lalu, Abdul Azeez berjaya menewaskan calon Pas, Datuk Najmi Ahmad dengan majoriti 5,185 undi. Kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, dua lagi DUN iaitu Bayu dan Kupang turut berjaya dirampas kembali oleh calon BN-UMNO pimpinan Abdul Azeez.

 Biarpun begitu, Baling, kata Abdul Azeez masih memerlukan 'sentuhan' kerana banyak ruang lagi yang perlu diperbaiki dan ditambah baik. "Cita-cita saya adalah mewujudkan sebuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dan mendirikan kompleks masjid daerah, sebuah hospital pakar dan membawa kilang-kilang. ''Rasionalnya adalah untuk anak-anak muda di Baling ini dapat pekerjaan, dapat mata pencarian dan tak perlu pergi jauh-jauh seperti sekarang yang terpaksa ke Kulim, Sungai Petani atau Butterworth," katanya.

Di samping itu, kata beliau, Baling boleh dibangunkan dengan lebih pesat kerana mempunyai banyak potensi dari segi pelancongan dan pertanian. "Kawasan ini adalah lokasi pertanian terbaik di negeri Kedah. Kita mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang luas. Untuk memastikan bekalan makanan berterusan, saya mahu melihat projek ternakan ayam terbesar dapat direalisasikan di Baling ini," jelasnya.

 Dalam pada itu, bercakap tentang pemilihan peringkat pusat, beliau yang akan mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) melihat cabaran kali ini agak getir kerana ramai calon 'heavy weight'. Namun begitu, Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu optimis bahawa beliau akan diberikan peluang dan ruang oleh kira-kira 150,000 perwakilan untuk terus berada dalam MT.

 "Apa yang penting, saya hendak meneruskan kerja-kerja kesukarelawan dan kebajikan yang saya buat selama ini. Saya juga hendak memperkemas dan menambah baik. Melalui MT kali ini, saya mahu gembleng tenaga dengan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri. Jadi, apa jua kerja yang kita buat adalah atas nama UMNO Malaysia," katanya.

 Ternyata, Abdul Azeez juga bukanlah calang-calang orang kerana beliau sememangnya sinonim dengan kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan selama ini. "Kalau dulu Datuk Micheal Chong dari MCA sahaja yang boleh bantu masyarakat, hari ini, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sudah mendapat perhatian khalayak ramai.

Kalau anak (gadis) orang hilang saja, semua tahu hendak cari siapa. Bukan setakat buat laporan di balai polis malah pegawai penyiasat juga cari saya dan KP1M. "Justeru, saya ingin terus mencurahkan sumbangan dan bakti. Saya cukup mengagumi komitmen Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup membantu kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara, yang sekali gus memberikan saya pengalaman luas dalam bidang ini," ujarnya.

 Dikenali dengan jolokan Azeez Putera, beliau sebelum ini banyak terlibat menggerakkan misi menyelamatkan 87 gadis bawah umur dan suri rumah yang dilarikan lelaki tidak bertanggungjawab ke Lombok, Indonesia selain membawa pulang 'keldai' dadah dan kredit kad yang ditipu sindiket, kembali ke pangkuan keluarga di tanah air.

 Selain itu, beliau turut mengetuai misi bantuan kemanusiaan di 32 buah negara yang dilanda bencana alam dan konflik politik. Salah satu kejayaan besar ialah membawa pulang 7,280 pelajar Malaysia semasa krisis politik di Mesir dalam Ops Piramid I.

 "Kita tahu yang menawarkan diri bertanding dalam MT, semua ada pelbagai latar belakang, ada profesional seperti peguam, doktor, jurutera, pakar ekonomi dan pelbagai lagi. Saya juga hendak tumpang dalam itu. Sebagai aktivis hak asasi manusia, sudah tentu, apabila berlaku masalah seperti bencana alam dalam negara, saya bagi keutamaan. Saya nak menggemblengkan sayap UMNO agar kita bergerak sebagai satu pasukan.

 "Dengan cara begini, saya yakin kita mampu menarik keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN serta menghadapi PRU ke-14, yang lebih getir dan mendebarkan,'' katanya.-UtusanMalaysia

#Azeez4MT #Prihatin-Ikhlas Berjuang #No15

No comments:

Post a Comment