Nuffnang

Friday, April 12, 2013

VIDEO SEKS ADALAH FITNAH MUSTAFA BERBILION DAPAT PAHALA



Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dalam video seks yang telah diedarkan di sekitar Besut semalam.

Sebaliknya, Abdul Hadi menganggap kononnya tohmahan itu tidak lebih daripada sekadar fitnah yang pastinya tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa Ali. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang di sini hari ini.

sekiranya begitu selama ini Najib telah mendapat pahala lebih dari itu.Cuma tidak diiktiraf oleh parti PAS? Selama ini Najib diherdik pelbagai tomahan Fitnah jahat berkaitan pembunuhan altantuya,komisen,rasuah dan sebagainya yang hingga ke hari ini mereka yang menuduh tidak mempunyai bukti hanya berdasarkan cakap atas cakap.Hari ini kita telah belajar dimana pemimpin yang sabar dimaki dikritik hanya mampu memberi senyuman dan pemimpin yang benar terbukti kesalahannya meloncat menafikannya.Kita mahu pemimpin yang bijak mengawal sabar bukan kaki lanton seperti mereka walau sudah terang lagi bersuluh.

1 comment:

  1. Kalau macam tu kenyataan Haji Hadi rasanya tak salah lah kalau semua blogger menayangkan gambar & video Stop Big Spender ni non-stop kan? Kita semua nak tolong dia dapat pahala lebih.

    http://mycybertrooper.us.ms/

    ReplyDelete