Pages
Nuffnang
Tuesday, April 2, 2013
Tolak Calon Tidak BerMORAL
Semenjak kebelakangan ini, terlalu banyak pendedahan berhubung skandal seks dibuat. Menariknya skandal-skandal seks tersebut membabitkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan tumpuan utamanya sudah pastilah BAPA PORNO GAY MALAYSIA, Anwar Ibrahim!
Beberapa klip video membabitkan Anwar Ibrahim sudah pun disiarkan. Dengar-dengarnya, masih banyak lagi yang belum disiarkan dan hanya menunggu masa untuk didedahkan.
Cerita seks membabitkan Anwar Ibrahim, bukannya cerita baru. Dari pertengahan 1990-an lagi. Bagaimanapun, pada waktu, ketiadaan YouTube dan FACEBOOK serta blog, membuatkan ia sekadar cerita di dalam cerita.
Apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada semua jawatan yang disandang dan keahliannya dalam UMNO dilucutkan, masih tiada sebarang cerita seks yang divisualkan, walaupun pada ketika itu, nama Nallakaruppan sudah disebut memiliki pita-pita video tersebut.
Namun, seawal tahun 90-an lagi, para pemimpin dan penggerak PAS dan DAP dan kemudiannya Keadilan sudah mula menceramahkan tentang skandal-skandal seks membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai versi tanpa sebarang bukti.
Tentu ramai yang masih ingat, Bunyamin Yaakob beberapa hari sebelum kematiannya telah berceramah dan menfitnah Dr. Mahathir, kononnya bekas Perdana Menteri Malaysia itu gemar menonton video lucah dan sudah acap kali menonton video lucah dengan cucu-cucunya. Itu cerita yang dijaja-jaja dan diuar-uarkan di seluruh Malaysia. Apabila tindakan undang-undang hendak diambil terhadap Bunyamin Yaakob, matilah penceramah ulung PAS itu dalam keadaan yang amat menghinakan.Artikel Penuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment