Pages
Nuffnang
Tuesday, April 2, 2013
Menteri KEDAH Serik #ManifestoBukanJanji
Nampaknya Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai ‘politically incorrect’ apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya menjelang tiba.
Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insider, PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan.
Malah beliau juga menyatakan bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai ‘puak yang gila’.
Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh gila, sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji gila.
Kata orang, menilai seorang itu adalah dari rakannya, dan PAS Kedah adalah rakan kepada PKR Selangor juga. Maka, jika PKR Selangor gila, maka tentulah gila juga PAS Kedah kerana sanggup berkawan dengannya.
Buktinya, menurut Azizan, slogan Kedah Sejahtera membawa maksud kerajaan yang hanya menjamin keselamatan dan kesejahteraan tetapi bukan membiarkan rakyat bergantung kepada kerajaan. Dalam kata lain, asalkan tidak rasuah, maka sesiapa saja boleh jadi kerajaan walaupun tidak mampu menjana wang negeri.
Hujah Azizan adalah separuh betul, iaitu rakyat perlu mencari wang sendiri, tetapi Azizan sebagai tonggak kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan, suasana yang stabil dan berdaya untuk maju dan membangun bagi membolehkan rakyat mencari wang itu.
Takkan Azizan mengharap rakyat membina kilang sendiri untuk bekerja sebagai kuli? Tentulah Azizan yang perlu mengusahakan pelaburnya.
Mungkin ramai rakyat Kedah yang tidak tahu bahawa pembangunan kedai dan rumah di Kedah majoritinya hanyalah kesinambungan dari projek BN. Sejak PAS mengambil alih, satu projek pun tidak berjalan dengan lancar. Malah, membina masjid pun tidak mampu tetapi tidak malu menipu mengambil nama atas usaha BN.
Kedah, di bawah pemerintahan PAS benar-benar menyuruh rakyat mencari wang sendiri kerana langsung tidak mamp menjana kewangan negeri, dan sebaliknya menghabiskan, membazir serta meningkatkan kerugian negeri akibat projek yang tergendala, tidak masuk akal serta amalan kronisme dan nepotisme yang kronik di peringkat pemberian projek dan pekerjaan.
Kita tahu bahawa Azizan adalah anak petani dan bangga sungguh menjadi anak petani. Itu kita puji. Tetapi, Azizan tidak harus mengharapkan rakyat bertani sahaja untuk mencari rezeki sedangkan rakyat negeri lain berpeluang bekerja di sektor yang lebih mencabar dan memberi pulangan yang besar.
Apakah Azizan mahu anak-anak Kedah mengambil kursus pertanian atau perniagaan tani semata-mata? Bagaimana dengan anak-anak yang bijakpandai dalam ilmu sains atau matematik? Yang bercita-cita menjadi jurutera? Saintis? dan sebagainya?
Kita tahu pemikiran Azizan amat cetek dan berkisar kepada golongan petani dan orang-orang kampung sahaja. Paling jauh pun, Azizan hanya boleh bayangkan pekerjaan sebagai peguam. Azizan berpemikiran seperti orang dulu kala yang masih tersekat di era pertanian sedangkan dunia telah tiba ke zaman infrared dan nanoteknologi.
Selagi Kedah berada di bawah pemerintahan pemimpin yang mundur dan terkebelakang, selagi itulah orang-orang Kedah tidak akan ke mana. Sedikit masa lagi, Kedah tentu akan dapat menyaingi Kelantan dari segi kemunduran dan seterusnya masalah sosial.
Jadi kali ini Azizan tidak mahu lagi berjanji apa-apa kepada rakyat Kedah. Tiada lagi janji Negeri Islam atau Negeri Kebajikan akan kedengaran di Kedah menjelang PRU-13. Tiada lagi janji sejahtera atau peningkatan negeri yang meningkat atau peluang pekerjaan yang banyak atau apa saja.
Azizan yakin akan memenangi PRU tanpa menabur janji seperti pegangan partinya.
Justeru rakyat Kedah wajar memikirkan, jika telah berjanji pun tidak boleh ditunai, apatah lagi tidak berjanji apa-apa. Tentulah lega Azizan nanti kerana tidak perlu berbuat apa-apa dan rakyat tidak boleh mengungkit kerana beliau tidak pernah berjanji. Maka, bersenang lenanglah beliau di singgahsana sementara rakyat terkejar-kejar berhempas pulas mencari duit sendiri.
Pendirian Azizan ini juga membangkitkan persoalan mengenai tidak konsisten dengan prinsip PR yang menjanjikan bulan dan bintang untuk rakyat.
Jika PR telah berjanji di peringkat pusat, maka Azizan tidak boleh tidak, wajib turut bertanggungjawab memastikan janji-janji tersebut terlaksana di peringkat negeri. Sekiranya Azizan tidak mahu terlibat dengan janji-janji PR, maka beliau wajar membuat parti sendiri, dan bertanding atas tiket Bebas sahaja. Selama ini pun Azizan banyak mengambil sikap bertentangan dengan PAS Pusat bukan?
- BERUANG BIRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment