Bahang menghadapi
PRU13 makin dekat dan hampir ke semua ''Bakal'' calon bekerja kuat demi
mengukuhkan jentera masing-masing.Makin kecoh dan panas isu cantas mencantas di
kawasan PARIT BUNTAR berkaitan dengan PR disini,sehinggakan mesyuarat sulit
menyulit kerap diadakan bagi melenyapkan isu ''siapa tercalon'' yang sering
dipertikai penyokong yang mahu pemimpin mereka tercalon atau jika tidak
''Amaran'' protes akan berlaku.
Didalam PAS mereka
mempertikai siapa Fakrul Razi untuk membuat keputusan yang dilabel sebagai
diktator PAS kawasan Parit Buntar yang hanya boleh menentukan apa-apa sahaja
kerana beliau sudah pun berhempas pulas dan berhabis modal untuk parti keramat
itu.Nasib Idham lim sudah terang menerang mereka sebulat suara menolak kepimpinan beliau disini dengan amaran ''menghalang'' dari menjadi calon disini tanpa lagi berselindung dan Setelah menkaji kemenangan Mujahid rawa yang berjaya mengalahkan arwah dato
sulaiman yang lalu kini mereka dibelenggu kebimbangan untuk meletakkan Mujahid
rawa dikawasan Parlimen Parit Buntar untuk PRU13 ini.Mereka ini sudah sedar dan
sudah jelas apakah faktor kekalahan arwah Dato Rahman yang lalu dan PRU13 ini
dijangkakan tidaklah selesa yang disangka seperti PRU12 yang lepas bagi
mendapatkan undi selesa.
Ada juga berpendapat
mereka ini terpaksa menolak Mujahid diatas beberapa isu yang boleh memudaratkan
parti itu dan mencadangkan supaya beliau bertanding dikawasan lain seperti
Pulau Pinang kerana caranya boleh diterima oleh masyarakat yang mempunyai sifat
keterbukaan yang tinggi dalam bebas memililih agama.Kemelut demi kemelut
didalam parti Pas disini sudah cukup untuk memberi impak kepada penyokong
mereka disaat akhir bagi menuju ke PRU13 yang bakal kita hadapi beberapa hari
lagi.Tidak cukup dengan kemelut didalam parti sendiri penyokong Pas sini sudah
tidak dapat menyorokkan sikap kebencian mereka kepada parti seangkatan seperti
PKR dan DAP dengan berani mengkritik secara terang terangan tanpa berselindung
hingga kepimpinan tertinggi mereka terpaksa campur tangan bagi meredakan
perbalahan diantara penyokong tegar dari parti masing-masing.Pihak kami sedang
membuat satu pemantauan berkaitan ahli pas yang sangat ramai ketika ini keluar
menyertai BN dan jumlahnya agak membimbangkan PAS disini dan jawapan dari hasil
pemantauan mungkin dapat diperolehi semasa penamaan calon nanti.
No comments:
Post a Comment