Nuffnang

Sunday, March 3, 2013

Bicara Politik Warga Kerian Syok sendiri?


''Kepada yang meminati hujah,debat dan sebagainya berkaitan politik bolehlah menyertai Group ini didalam facebook''.Itu yang dipelawa oleh admin Group itu sempena tertubuhnya ''Bicara Politik Warga Kerian'' yang juga menawarkan perkongsian masalah setempat bagi menangani dengan sepakat.#Pbr meneliti setiap posting di wall setiap hari Benar sekali mereka berbincang,berhujah dan berdebat mengenai segala isu politik semasa.Sejak akhir-akhir ini sikap Admin harus dikritik sudah tiada keseimbangan didalam Group ini.Benar Group ini adalah kepunyaan penyokong tegar PR tetapi sikap tidak boleh dikritik dan kalah berhujah harus diterima dengan baik bukan dengan ''banned'' si juara debat.Mereka menggunakan medium ini sebagai simbol kemenangan persepsi pada PRU13 ini.Selagi ada peluang Admin dan sekutunya akan siksa minda penyokong BN dengan kata-kata kesat caci maki dengan pelbagai gelaran malah jika mereka berasa terancam dengan debat atau hujah penyokong BN mereka akan di ''Banned'' dari Group ini.Ini menunjukkan sikap negatif yang tidak boleh dikritik,Mujur masih kita diberi peluang bagi membincangkan segala permasalahan yang ada disekitar Parit Buntar dengan tertubuhnya Group Facebook Daerah Kerian Perak yang kini kita boleh bercakap secara telus.Bagi yang masih tercari-cari apakah Group menarik berkaitan politik anda boleh menyertai di Group ''Road to Putrajaya'' disini terbaik.

No comments:

Post a Comment