GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.
"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.
"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.
bernama.
''Tidak apa biarkan leong Pei Koe'' ini mungkin kata-kata pemimpin BN esok atau lupa,Minta maaf secara terbuka pun sudah memadai tak perlu hukuman,buat salah minta maaf ini pasti terjadi dan anda harus percaya.Tiada jalan terbaik selain memaafkan itu lah situasi yang sudah pasti benar #Pbr ramalkan.Jika perkara ini berlaku di China menunjukkan isyarat lucah kepada pemimpin mereka apakah yang akan berlaku? Hanya 2 pilihan ''meniarap akan ku tindah,Bangun akan aku tembak''.Untung sebenarnya cina ini jadi rakyat Malaysia.#Pbr berharap fenomena ampun mengampun ini membawa PADAH kepada orang melayu sendiri yang menuduh orang melayu ''perkauman''.Jika hari ini kita sudah nampak akan kuasa kaum cina mengusai ekonomi , kaum india menguasai sistem undang-undang dan kaum melayu bakal kehilangan kuasa politik kelak maka ganjarannya adil bagi mereka iaitu Tuan rumah bakal menjadi tetamu.Alhamdulilah.
No comments:
Post a Comment