Nuffnang

Wednesday, February 13, 2013

Kenapa ARAB SPRING jadi PILIHAN?

Kebelakangan ini di mana-mana didalam ceramah PR mereka asyik mengatakan atau mengingatkan kepada kerajaan BN yang mereka mengugut jika tipu Pru13 ini mereka akan gulingkan kerajaan seperti mana yang berlaku di Arab.Arab spring itu yang cara yang terbaik yang dinyatakan jika mereka (PR) gagal memperoleh kejayaan didalam PRU13 ini.sejauh manakah amaran ini berkesan untuk menghasut rakyat?

Banyak isu penyelewengan yang didedahkan tetapi telah sedia dijawab oleh kerajaan BN setakat ini dan mereka yang ditugaskan untuk membongkar kononya hanya diam tidak menerima kebenaran lalu membuka isu lain.Apakah mereka ini terlalu risau akan sejarah pilihan raya di negara kita?kerana terlalu pahit untuk menerima kekalahan maka perancangan rapi diadakan bagi memastikan kemenangan PR berlaku jua di negara kita.Majoriti adalah penentu kerajaan yang benar-benar layak untuk dipilih sebagai pemerintah yang boleh diharap rakyat.

Jika fikiran ini meracuni penyokong kerajaan BN apakah suatu tindakan yang baik?Apakah kesejahteraan boleh dinikmati lagi?PR melaungkan cara demokrasi tetapi tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekalahan adalah risiko didalam PRU13 ini.Jika difikir balik ini cara yang kotor untuk menghapuskan kesejahteraan dinegara kita selepas kita menikmati kemerdekaan selama 55 tahun,dimana pegangan kata mereka?Reformasi atau sudah sama maknanya dengan revolusi?Penang,Kedah,Selangor,dan Kelantan siapakah yang memerintah jika penyelewengan SPR berlaku?Atau PR sendiri berusaha mengadakan penipuan rapi bagi memastikan kemenangan negeri ini?

18 NGO tempatan yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika dilihat pemantau PRU13 ini cukup hebat dan mereka bukan lahir dari kerajaan BN atau mereka juga tidak boleh diharap sama sekali hingga memberi amaran 'demotrasi ganas' adalah pilihan mereka?Ini hanya strategi untuk kepentingan peribadi bukan untuk rakyat jika berlaku huru hara pemimpin PR hanya melabelkan mereka ini sebagai pendekar jika berlaku kematian atas kemalangan huru hara tersebut hanya di nobatkan sebagai 'syahid'.Rakyat hanya badut yang digunakan bagi memastikan kemenangan mereka (PR) dalam merealisasikan impian anwar ibrahim menjadi Perdana menteri walaupun ramai lagi pemimpin PR lebih layak mengggalas tugas menjadi perdana menteri.Ini hanya agenda peribadi 'kemaruk'mahu menjadi perdana menteri,apa jua cara dihalalkan bagi memastikan matlamat anwar ibrahim dicapai.

No comments:

Post a Comment