Nuffnang

Friday, February 8, 2013

PARIT BUNTAR ''Kenapa Tinggalkan UMNO'' - Ariff Sabri


Arif Sabri datang ke kuala kurau rakan #Pbr hadir ke tempat ceramah tersebut dan apa yang menarik rakan #Pbr ini penyokong kuat Parti Pas dikawasan parit buntar.Apa yang dapat rakan #Pbr dapat ulas sangat kedengaran hambar sedikit tidak puas hati dengan kehadiran Arif Sabri ini.Tiada yang menarik hanya isu yang telah diketahui yg sering disebut oleh pemimpin Pas dan kerap kali membanggakan Parti DAP dalam ucapannya itu.

Sambil mendengar #Pbr bertanya 'adakah mereka memanggilnya Dato ketika disitu? 'ya' Dato Ariff Sabri kedengaran semasa memperkenalkan beliau.''Oh masih'' Bagi Pendapat #Pbr serah semula gelaran itu sejajar dengan saranan Guan eng dan lim kit siang.Apa yang menarik lagi tentang ceramah disitu beliau menyentuh ''Cincin Rosmah'' yang berharga 74juta dan Rakan #Pbr keliru dan bertanya berapa harga cincin rosmah sebenar?#Pbr hanya mencadangkan ''Google'' dari sumber harakah,malaysiakini dan blog-blog,Ada yang menyatakan RM24juta ada juga disebut RM24.5juta,USD24 juta,RM24.45juta dan RM73.45juta kata rakan #Pbr tadi.

Dalam ceramah tersebut Arif Sabri menceritakan tentang keburukan orang umno dan mengingatkan jika diberi peluang kepada umno memerintah ''orang-orang umno ini akan masuk ke rumah kita dan tidur bersama anak isteri kita'' kata beliau dalam isi ceramah beliau yang di rekod didalam handphone rakan #Pbr.Kenapa ke tahap itu wahai Ariff Sabri? Apa yang kecewa sangat hingga tuduhan begitu dibuat?Apakah itu tajuk sesuai atau alasan beliau ''mengapa saya keluar Umno''? Benarlah apa yang diperkatakan beliau seorang yang sangat kecewa dalam umno.Sebab utama beliau memberontak hanyalah tidak dicalonkan lalu menyertai DAP.Agak mudah untuk menjadi calon dalam DAP kerana beliau ‘’melayu’’.

Ariff Sabri ini seorang pemimpin yang bermasalah apa sahaja yang dilakukan beliau mengenakan cas yang tinggi,jadi tidak hairanlah segala tajuk dalam blog beliau agak ‘killer’ tapi isinya biasa seperti ceramah ceramah beliau setakat ini.Sepatutnya Ariff Sabri mencerminkan diri sebelum menyalahkan Najib kerana ‘Gagal’ tarbiyah isteri beliau iaitu Rosmah dalam ceramahnya itu.Ini dilihat bagaimana dia mengumpulkan harta yang begitu banyak semasa beliau menjadi Adun walaupun hanya sepenggal.malah gagal menjawab isu harta dan isu kewangan buat bekas isteri dan keluarga.


Dalam ucapannya lagi beliau mempertikai kemenangan Najib mengaitkan salahlaku SPR tanpa pandu atau kenyataan yang munasabah hanya mengatakan ‘mereka menipu’ sudah cukup beliau berbohong kepada masyarakat disini.Sambil menyulam membaca surah-surah bagi menguatkan hujah beliau.tentang hukum penipuan dalam kepimpinan ada yang ketawa mengatakan ustaz DAP ini kurang sesuai untuk itu.Bila ditanya pendapat kepada masyarakat dibawah kepimpinan Ariff Sabri ini

(Pulau manis) mereka mengatakan beliau bermasalah sering tiada ditempat sendiri keluar melancong atau sibuk dengan aktiviti yang tidak melibatkan masyarakat sini.Mereka menolak kepimpinan Ariff Sabri ini kerana juga beliau perwatakkan seperti pemimpin ‘ala-mafia’.Dalam ucapannya lagi beliau menceritakan penyelewengan yang telah diperkatakan oleh pemimpin PR lain malah beliau berbangga keluar dari UMNO setelah 40tahun penglibatan beliau dalam Umno.40 tahun? Dalam isi ucapannya beliau sudah Nampak penyelewengan dan salah laku umno tetapi kena sekarang? Agak hairan 40tahun bukan suatu masa yang singkat.

Apa yang sesuai dengan tajuk ''Kenapa saya tinggalkan UMNO&NAJIB hanya yang tepat hanya beliau gagal dalam kepimpinan Umno,Tidak Di Calonkan dan Hanya DAP dapat menerima manusia hipokrit yang takut mengakui kegagalan walau beliau sangat GAGAL.Harapan #Pbr kepada masyarakat Kuala Kurau supaya MELIHAT dan MENILAI siapakah manusia bernama Ariff Sabri ini.Beliau sangka beliau adalah manusia yang cerdik tapi tidak mungkin sama sekali dapat memperBODOHkan masyarakat Kuala Kurau.Ini persoalan yang patut #Pbr Tanya kepada diri sendiri ‘’Kenapa buang masa dengar Ariff Sabri si “PENGKHIANAT BANGSA” ini berhujah’’

                              Kehadiran dikatakan seramai 2000 orang yang hadir oleh media PAS
 Gempita Perak Ke Putrajaya bersama Dsai di Alor Pongsu pada 2010 yang dikatakan hadir dalam 6,000


DIANTARA 2,000 DAN 6,000 ADAKAH MEMPUNYAI PERBEZAAN?

BERAPAKAH ANGGARAN YANG DAPAT DIBERI APABILA MELIHAT GAMBAR DIATAS

A) 400 Orang
B) 2000 Orang
C) 10,000 Orang
D) 500 Orang

SILA EMAILKAN KEPADA PARITBUNTARREBELS@GMAIL.COM UTK JAWAPAN ANDA

No comments:

Post a Comment